00:00Menterian Pendidikan KPM sedang membina 2,596 bilik darjah baharu di 838 sekolah bagi menampung pertambahan murid tahun 1
00:09susulan pelaksanaan kemasukan 2 kohot pada 2027.
00:13Timbalan Menteri Pendidikan Wongkah Wahu memaklumkan.
00:16Sehingga kini, sebanyak 478,419 permohonan pendaftaran tahun 1 bagi 2027 diterima
00:23melibatkan 405,036 kanak-kanak berusia 7 tahun dan 73,386 kanak-kanak berusia 6 tahun.
00:34Jumlah itu menunjukkan peningkatan 12.07% berbanding enrollment tahun 1 pada 2026 yang hanya melibatkan satu kohot.
00:44Sebanyak 2,596 bilik darjah baharu sedang dibina menggunakan kaedah IBS Modular.
00:53melibatkan 838 buah sekolah bagi menampung perdambahan enrollment murid tahun 1-2027
01:00dan projek-projek ini akan disiapkan pada tahun ini juga.
01:04KPM juga telah melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf kemudahan yang sedia ada di sekolah-sekolah
01:11bagi meningkatkan kapasiti, infrastruktur dan menyediakan ruang pembelajaran yang mencukupi.
01:16Kahwo berkata perancangan prasarana dilaksanakan secara menyeluruh menerusi beberapa pendekatan
01:23termasuk pembinaan bilik darjah tambahan, pengoptimuman premis sedia ada, penukaran fungsi ruang kepada bilik darjah,
01:30pelaksanaan operasi dua sesi serta penempatan murid ke sekolah berhampiran mengikuti kapasiti masing-masing.
01:36Terima kasih kerana menonton!
Comments