00:00Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Pemaisuri Agong, Raja Zahir Sofiah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa
00:07kepada seluruh insan yang bergelar bapa di negara ini.
00:10Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda menegaskan bahawa peranan seorang bapa amat penting sebagai sumber kekuatan sesebuah
00:20keluarga
00:20serta menjadi pembimbing utama dalam mencorakkan masa depan anak-anak.
00:24baginda telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala pengorbanan, kasih sayang dan bimbingan yang diberikan oleh golongan bapa
00:32yang disifatkan amat bernilai dalam membentuk generasi masa hadapan.
00:37Menurut baginda, meskipun kasih sayang seorang bapa sering tidak dizahirkan melalui kata-kata, namun jasa dan pengorbanan mereka tetap kekal
00:45abadi
00:45serta terpahat di dalam hati anak-anak sepanjang hayat.
00:48Dalam hantaran sama, baginda mendoakan agar Allah melimpahkan rahmat ke atas almarhum Sultan Iskandar dan almarhum Sultan Idris Syah II
00:57serta mendoakan agar ruh mereka ditempatkan dalam kalangan yang beriman.
01:01Terima kasih kerana menonton!
01:06Terima kasih kerana menonton!
01:08Terima kasih kerana menonton!