Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Parti Bersama Malaysia menerima sambutan luar jangka apabila ramai golongan profesional termasuk bekas penjawat awam menawarkan diri sebagai calon PRN Johor dan Negeri Sembilan. Proses tapisan ketat telah selesai dengan barisan calon dijangka memberi kejutan.
Transcript
00:00Pemimpin parti Bersama Malaysia bersama Dato' Sri Rafizi Ramli memaklumkan individu yang tampil menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya
00:09negeri PRN Johor dan Negeri Sembilan terdiri daripada golongan profesional termasuk bekas penjawat awam kanan.
00:15Rafizi turut berkata sambutan yang diterima adalah di luar jangka apabila beberapa individu berkelayakan tampil secara sukarela melalui proses permohonan
00:24yang dibuka.
00:27Ujarnya semua calon yang tampil itu dikehendaki melalui proses saringan serta temuduga yang dilaksanakan secara digital sebelum dipertimbangkan untuk bertanding.
00:38Rafizi berkata beliau sendiri bertanggungjawab meneliti setiap permohonan termasuk rakaman temuduga yang dikemukakan oleh para pemohon.
00:46Selain itu, hampir kesemua individu yang tampil bukan daripada latar belakang politik, sebaliknya terdiri daripada rakyat biasa yang mempunyai kejayaan
00:55profesional serta pengalaman kerja yang kukuh.
00:59Jelasnya, proses tapisan calon bagi PRN Johor telah selesai dan yakin barisan yang bakal diumumkan mampu memberi kejutan kepada banyak
01:08pihak.
01:08Calon yang dipilih itu katanya merangkumi gabungan golongan profesional, individu berpengalaman dalam politik serta mereka yang aktif dalam masyarakat.
01:18Menurutnya penyertaan golongan profesional, intelektual serta bekas pegawai tinggi kerajaan amat menggalakkan kerana mereka melihat bersama sebagai platform yang menekankan
01:28integriti kepimpinan masa depan serta penyelesaian isu rakyat.
Comments

Recommended