Skip to playerSkip to main content
  • 17 hours ago
Seorang lelaki ditahan orang awam selepas dipercayai cuba merakam seorang wanita di dalam tandas di Bekenu. Tindakan pantas orang ramai membantu menahan suspek sebelum diserahkan kepada polis, manakala siasatan lanjut masih dijalankan termasuk pemeriksaan peranti milik suspek.
Transcript
00:00Kelakuan tidak senonoh seorang lelaki yang dipercayai cuba merakam seorang wanita di dalam tandas di pekan berkenu membawa padah apabila
00:09dia ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
00:13Menurut saksi kejadian, insiden tersebut disedari sendiri oleh mangsa ketika sedang menggunakan kemudahan tandas di premis makanan berkenaan.
00:21Mangsa yang terkejut dengan tindakan mencurigakan suspek bertindak berani dengan keluar mendapatkan bantuan serta memaklumkan perkara itu kepada orang ramai
00:31di lokasi kejadian.
00:33Susulan itu beberapa individu yang berada di kawasan berhampiran bertindak pantas mengepung dan menahan suspek daripada melarikan diri.
00:42Lelaki terbabit seterusnya dibawa ke balai polis berkenu bagi menjalani proses dokumentasi awal dan membantu siasatan berhubung dawaan salah laku
00:51tersebut.
00:51Mangsa turut membuat laporan polis rasmi di ibu pejabat polis daerah Miri.
00:57Setakat pagi ahad, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk memeriksa peranti milik suspek bagi mengenalpasti kemungkinan wujudnya rakaman atau
01:06gambar lain yang berkaitan.
Comments

Recommended