00:00Baik, seterusnya, Tan Sri Anwar Musa mendedahkan beliau secara pribadi telah melakukan beberapa usaha untuk mendamaikan PAS dan Bersatu bagi
00:09mengekalkan perpaduan dalam Perikatan Nasional PN, namun usaha tersebut menemui kegagalan.
00:15Beliau yang juga ahli jawatan kuasa kerja PAS Pusat berkata, beliau diamanahkan oleh kepimpinan parti untuk bertindak sebagai orang tengah
00:23dalam meredakan ketegangan antara parti yang bertelagah dalam gabungan berkenaan.
00:29Jelasnya, usaha tersebut melibatkan beberapa pertemuan yang diadakan di London dan Kuala Lumpur dalam cubaan mencari titik persetujuan antara kedua
00:38-dua pihak.
00:39Beliau menyatakan perkembangan tersebut ketika majlis pengenalan logo baru dan barisan kejurulatihan Kelantan CTFC di Kelantan pada Sabtu.
00:47Mengulas lanjut, beliau berkata PAS meminta beliau mencari jalan untuk menyatukan kedua-dua pihak serta mengelakkan perpecahan yang berpotensi melemahkan
00:57PN sebagai sebuah gabungan politik.
00:59Bagaimanapun, usaha perdamaian itu menemui jalan buntu selepas PAS membuat keputusan mengutamat sekaligus menyebabkan kedua-dua parti itu tidak lagi
01:08dapat berada dalam kerangka politik yang sama.
01:10Menurut Anwar, keadaan tersebut menyebabkan mustahil untuk mengekalkan salah satu parti dalam gabungan yang sama.
01:18Beliau yang juga ketua penerangan Perikatan Nasional berkata, kegagalan usaha perdamaian memaksa satu keputusan dibuat mengenai parti yang perlu diberikan
01:26sokongan.
01:28Susulan itu menurutnya sokongan berkenaan telah diberikan kepada parti yang dipimpin oleh bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
01:36Pada 8 Jun lalu, PAS secara sebulat suara mengumumkan penamatan kerjasama politik dengan bersatu selepas mesyuarat khas jawatan kuasa kerja
01:46PAS Pusat.
Comments