Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menggesa Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar supaya memainkan peranan lebih proaktif dalam mengurus gabungan itu menjelang PRN Johor dan Negeri Sembilan. Beliau menegaskan kelewatan menyelesaikan isu dalaman boleh menjejaskan persiapan pilihan raya serta mencetuskan spekulasi mengenai hala tuju PN.
Transcript
00:00Pengurusi Perikatan Nasional PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mukhtar digesa suai memainkan peranan proaktif dalam menguruskan gabungan itu,
00:08menjelang pilihan raya negeri PRN Johor dan Negeri Sembilan bagi mengelakkan isu dalaman terus berlarutan.
00:14Gesaan tersebut disuarakan oleh Ketua Penerangan Parti Peribumi Bersatu Malaysia, Datuk Tuan Faisal Ismail Aziz yang turut menegaskan keperluan mendapatkan
00:22kebenaran pengurusi PN
00:23bagi menganjurkan sebarang aktiviti atau mesyuarat hanya berkesan sekiranya pemegang jawatan tersebut menjalankan tanggungjawab dengan sewajarnya.
00:32Ujah beliau masalah timbul apabila peranan pengerusi PN dilihat tidak berfungsi sepenuhnya,
00:38sedangkan gabungan itu bakal berdepan dua PRN penting selain perlu menyelesaikan pelbagai isu dalaman.
00:45Ia menyusul kenyataan Setiausaha Agong PN, Datuk Seri Taki Yudin Hassan,
00:49yang menegaskan bahawa sebarang aktiviti menggunakan nama gabungan itu tidak boleh diadakan tanpa keizinan pengurusi PN.
00:57Menurut Taki Yudin, ketetapan itu dibuat bagi memastikan semua urusan pentadbiran dan pengurusan gabungan dilaksanakan
01:04mengikut Perlembagaan Parti serta mematuhi Akta Pertubuhan 1966.
01:10Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, Ahmad Samsuri sepatutnya memanggil mesyuarat penting termasuk mesyuarat majlis tertinggi,
01:17rundingan kerusi, persiapan pilihan raya serta jawatan kuasa Pakatan Pilihan Raya
01:22bagi memastikan semua isu dapat dibincangkan secara menyeluruh.
01:27Jelasnya pelbagai perkara boleh diselesaikan sekiranya mesyuarat tersebut diadakan
01:31meskipun PAS telah memutuskan hubungan dengan bersatu.
01:35Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended