00:00Kerjasama tenaga yang diperkukuh antara Malaysia dengan Rusia dan Turkmenistan dilihat mampu meningkatkan keselamatan bekalan tenaga negara.
00:08Pengurusi BRICS International Malaysia, Jaziri Alkaf Abdillah Sufian berkata,
00:13perkembangan yang dicapai menerusi lawatan rasmi Perdana Menteri ke Rusia dan Turkmenistan
00:18merupakan langkah positif memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landscape geopolitik dan juga ekonomi global.
00:27Jelas Jaziri, jaminan Rusia untuk menyokong keperluan bekalan minyak, gas dan diesel Malaysia bagi tempoh panjang
00:36merupakan perkembangan membangsangkan ketika dunia berdepan ketidaktentuan pasaran tenaga global.
00:42Tambah Jaziri, kerjasama strategik melibatkan Petronas dan Turkmenistan menandakan satu pencapaian penting
00:49dalam hubungan dua hala yang telah terjadi lebih tiga dekad dalam industri minyak dan gas.
00:54Kehadiran berterusan Petronas di Turkmenistan mencerminkan kepakaran Malaysia dalam operasi huluan tenaga,
01:01pemindahan teknologi, pembangunan modal insan serta pengurusan sumber secara bertanggungjawab.
01:08Menurut Jaziri, kemajuan dicapai dalam pembangunan salah satu medan gas terbesar dunia
01:14menjadi bukti kemampuan Petronas serta keupayaan Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa.
01:20Dalam pada itu, pengekuhan hubungan dengan Rusia dan Turkmenistan menunjukkan komitmen Malaysia
01:26untuk melaksanakan hubungan diplomasi tenaga yang pelbagai.
01:30Malaysia mampu mengekalkan hubungan konstruktif dengan pelbagai blok kuasa dunia
01:35sambil mempertahankan kepentingan ekonomi negara.
01:39Malah Malaysia kini dilihat menjadi jabatan strategik antara ASEAN, Asia Tengah, Eurasia dan negara-negara di selatan global.
01:47Tegas Jaziri, perkembangan tersebut selari dengan dasar luar Malaysia yang bebas, pragmatik dan berkecuali.
01:55Perkembangan ini juga diyakini mampu mengwujudkan peluang kepada syarikat Malaysia dalam pelbagai sektor
02:01termasuk perdagangan, penapisan, logistik, teknologi, latihan, pembangunan infrastruktur dan pelaburan.
02:11Terima kasih kerana menonton!
Comments