Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
ANKA-S mampu mengecam dan menjejak profil kapal secara tepat sekali gus dapat memberikan kelebihan kepada atm untuk merancang dan mengatur gerak operasi ketenteraan dengan lebih efisien.
Transcript
00:00Keupayaan pertahanan negara diperkasa dengan perolehan tiga unit sistem pesawat tanpa pemandu ANKAS yang berupaya meningkatkan tahap kesiapsagaan Angkatan Tentera
00:10dalam menjaga keselamatan maritim negara.
00:12Berpangkalan di wilayah Persekutuan Labuan, pesawat tanpa pemandu tersebut mampu melaksanakan misi pengawasan berterusan bagi memantau kawasan strategik dan berisiko.
00:22Menteri Pertahanan Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin berkata ANKAS mampu mengecam dan menjejak profil kapal secara tepat sekaligus dapat memberikan
00:31kelebihan kepada ETM untuk merancang dan mengatur gerak operasi ketenteraan dengan lebih efisien.
00:37Dengan penggunaan alat-alat yang disediakan dalam ANKAS ini, satu kelebihan juga ialah ANKAS ini mampu untuk mengecam dan menjejak
00:54profil kapal secara tepat.
00:57Dengan demikian, ia dapat merancang dan mengatur gerak aset dengan lebih efisien, tepat ke lokasi pencerobohan tanpa perlu melakukan rondaan
01:14yang tak bersasar ataupun rondaan buta yang membazirkan sumber dan sebagainya.
01:20Sebab dia boleh tahu dan mengecam satu-satu kapal secara tepat. Jadi dengan demikian, dia boleh maklumkan untuk buat apa
01:30-apa tindakan secara tepat.
01:32Tambah beliau, kos pengoperasian menggunakan aset ANKAS adalah jauh lebih rendah berbanding menggunakan pesawat pejuang ataupun kapal peronda maritim yang
01:41besar.
01:42Kemudian, kos operasi setiap jam penerbangan UAB ini jauh lebih rendah berbanding kalau dahulu kita mengoperasikan pesawat pejuang ataupun kapal
01:58perondaan maritim yang besar.
02:00Dulu kita tak ada ini semua, maka terpaksa kadang hantar kapal terbang ataupun kapal-kapal besar dan tentunya kos operasinya
02:09lebih mahal.
02:10Jadi yang ini dia terus, dia boleh itu sama ada perlu kalau dia tengok kapal itu bukan kapal yang mengancam
02:16jadi tak perlu.
02:18Nak buat apa kerana melalui ANKAS ini saja.
02:21Tambahnya lagi, pengoperasian ANKAS disifatkan sebagai satu lonjakan strategik dalam menyokong pelaksanaan pelan pembangunan keupayaan jangkepanjang TUDM, CAP 55.
02:34Aset itu bukan sahaja memperluas liputan pemantauan di kawasan strategik Laut Cina Selatan malah menyediakan maklumat kritikal yang membantu kerajaan
02:42merangka dasar keselamatan negara dengan lebih berkesan.
Comments

Recommended