Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Syarikat penerbangan Australia, Qantas Airways, dijangka mengumumkan destinasi pertama bagi penerbangan tanpa henti paling panjang di dunia yang akan menghubungkan timur Australia dengan sama ada London atau New York.
Transcript
00:00Qantas Aries bersedia mencipta sejarah baru dalam industri penerbangan, manusia perancangan memperkenalkan penerbangan tanpa henti paling panjang di dunia yang
00:09menghubungkan timur Australia dengan London atau New York.
00:13Inisiatif dikenali sebagai projek Sunrise yang dirancang sejak 2017 itu bertujuan menyediakan penerbangan terus tanpa perlu singgah di hub transit
00:21di Asia atau Timur Tengah.
00:25Ketua Pegawai Eksekutif Qantas Vanessa Hudson berkata perkhidmatan itu akan menggunakan pesawat Airbus jarak jauh yang diubah suai dan dijadual
00:34memulakan operasi menjelang penghujung tahun depan.
00:36Qantas menganggarkan projek tersebut mampu menyumbang lebih 282 juta dolar Australia bersamaan kira-kira 813 juta ringgit kepada pendapatan syarikat
00:47setiap tahun.
00:47Harga tiket bagi penerbangan itu dijangka sekitar 20% lebih mahal berbanding penerbangan yang mempunyai satu persinggahan khususnya bagi penumpang
00:57cabin premium.
00:58Airbus memenangi kontrak projek Sunrise pada 2019.
01:01Manakala pesawat Airbus A350-1000ULR pertama daripada 12 unit yang ditempah dijangka diserahkan kepada Qantas pada April 2027 selepas berdepan
01:14kelewatan akibat pandemik COVID-19 dan gangguan rantaian bekalan global.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended