Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Kerajaan China memperhebat operasi bantuan dan pemindahan penduduk selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud yang melanda wilayah Qinghai mengorbankan sekurang-kurangnya seorang penduduk dan mencederakan beberapa yang lain.
Transcript
00:00Pihak berkuasa China meningkatkan operasi bantuan dan menyelamat susulan gempa bumi bermagnitud 6.3 magnitud yang melanda wilayah Qinghai Barat
00:09Laut Negara itu pada selasa.
00:11Sebagai langkah berjaga-jaga, semua pekerja di beberapa lombong arang batu berhampiran pusat gempa telah dipindahkan bagi mengelakkan sebarang risiko
00:19susulan.
00:21Pihak berkuasa turut memantau kemungkinan berlakunya bencana sekunder termasuk gegaran susulan, tanah runtuh dan kerusakan terhadap infrastruktur di kawasan terjejas.
00:32Bagi membantu bangsa, kerajaan China menghantar pelbagai bekalan kecemasan termasuk kemah, katil lipat, selimut, makanan dan air minuman ke kawasan
00:42yang terkesan.
00:42Selain agensi kerajaan, beberapa syarikat dan pertubuhan kebajikan turut digerakkan bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat bencana itu.
00:53Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan manakala pihak berkuasa sedang menilai tahap kerosakan serta keperluan bantuan tambahan di
01:02kawasan yang dilanda gempa.
Comments

Recommended