00:00Melindungi pemandu e-healing perlu dijadikan keutama negara berikutan peningkatan laporan serangan, ugutan dan keganasan melibatkan penumpang.
00:09Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Tai berkata, keselamatan dan kebajikan pemandu perlu diberi perhatian serius oleh semua
00:18pihak berkepentingan.
00:21Katanya kerajaan pengendali platform e-healing, agensi penguatkuasaan dan penumpang perlu bekerjasama membangunkan langkah keselamatan yang lebih menyeluruh.
00:31Beliau berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap individu yang menyerang, mengugut atau mengganggu pemandu e-healing.
00:38Kesalahan sedemikian bukan sahaja membahayakan mangsa malah menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap keselamatan perkhidmatan e-healing.
00:45Antara langkah yang dicadangkan ialah penggunaan kamera atau kamera papan pemuka bagi merakam aktiviti di dalam dan luar kenderaan untuk
00:54tujuan penjagaan jenayah serta siasatan.
00:57Lee turut menggesa syarikat e-healing memperkukul proses pengesahan penumpang bagi memastikan identiti pengguna dapat dikesan dan akaun palsu tidak
01:06dibenarkan.
01:06Beliau juga mencadangkan penambahbaikan ciri keselamatan dalam aplikasi termasuk penyediaan butang panik bagi membolehkan pemandu menghantar isyarat kecemasan kepada pihak
01:17berkaitan.
01:18Selain itu, syarikat e-healing disiar menggunakan teknologi pemantauan masa nyata bagi mengesan tingkah laku penumpang dan perjalanan berisiko tinggi.
01:26Lee berkata latihan kesedaran keselamatan secara berkala juga perlu diberikan kepada pemandu bagi membantu mereka menghadapi situasi kecemasan dan mengenalpasti
01:36ancaman.
Comments