00:00Radio Televisyen Malaysia RTM menubuhkan pasukan khas bagi memantau cubaan akses siaran Piala Dunia FIFA 2026 melalui platform RTM Click
00:09dari luar negara.
00:11Ketua Pengarah Penyiaran Ashwat Ismail berkata, langkah itu diambil bagi memastikan siaran kejohanan berkenaan hanya boleh ditonton di Malaysia selaras
00:20perjanjian hak penyiaran dengan FIFA.
00:24Jelasnya pemantauan berterusan dilaksanakan bersama rakan strategik teknologi bagi memastikan siaran Piala Dunia hanya boleh diakses dalam negara.
00:33Beliau berkata RTM melaksanakan sekatan geografi dan pengukuhan sistem back-end RTM Click dari semasa ke semasa bagi mengelakkan akses
00:42dari luar Malaysia termasuk melalui VPN.
00:45Menurutnya langkah itu juga bagi memastikan kelancaran siaran 104 perlawanan yang merangkumi siaran langsung dan siaran tertunda melalui RTM dan
00:54Unify TV.
00:56RTM turut memaklumkan siaran Piala Dunia 2026 melibatkan peruntukan RM26.2 juta dengan peningkatan liputan berbanding edisi sebelum ini.
01:05Ashwat berkata pengalaman RTM kali ini sebagai pengendali utama siaran Piala Dunia menjadi cabaran baru selepas lebih 20 tahun.
01:13Beliau turut memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam pengendalian siaran kejohanan tersebut.
01:19Menurut RTM, platform RTM Click merekodkan purata 1.5 hingga 2.5 juta tontonan bagi setiap perlawanan sepanjang kejohanan berlangsung.
01:29Piala Dunia 2026 yang diadakan di Amerika Syarikat, Meksiko dan Kanada akan berakhir dengan perlawanan final di New Jersey pada
01:3719 Julai ini.
Comments