00:00Tiada projek pembinaan infrastruktur ditangguhkan setakat ini bagi memastikan aktiviti pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara terus berjalan lancar meskipun berlaku
00:09peningkatan harga bahan-bahan binaan.
00:12Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nantalinggi berkata biarpun berlaku peningkatan harga bahan binaan susulan ketidaktentuan ekonomi global dan konflik
00:20geopolitik di Asia Barat, namun ia tidak menjejaskan pelaksanaan projek-projek kerajaan.
00:26Jelas Nanta buat masa ini keadaan masih terkawal dan tiada keperluan untuk menambah peruntukan projek-projek yang sedang berlangsung.
00:33Buat masa sekarang perhatian kita memang masih boleh di dalam kadar yang tak perlu kita nak tambah peruntukan dulu.
00:48Tapi kita tengoklah kalau dia naik berdadak lagi mungkin kita ada strategi seperti yang saya katakan tadi.
00:57Di tahap sekarang, kita boleh bertahan. Konektor sepatutnya boleh bertahan.
01:04Kata Nanta, kementeriannya akan terus memantau perkembangan konflik di Asia Barat yang berpotensi menjejaskan rantaian bekalan dan menyebabkan peningkatan harga
01:13bahan binaan serta kos operasi industri pembinaan.
01:16Kita lihatlah bagaimana perkembangan perperangan itu sebab itu yang dikesan kepada peningkatan dan juga kos kepada bahan binaan kita.
01:32Jadi buat masa sekarang, kita belum lagi merasakan dia sampai terlalu ketara lah.
01:44Boleh, kita boleh mengambil peningkatan harga so far.
01:49Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan persidangan kejuteraan Geoteknical Serantau Malaysia, MRGEC 2026 di Kuching pada Rabu.
01:58Persidangan yang julung kali diadakan itu menghimpunkan hampir enam ratus peserta terdiri daripada pemain industri, ahli akademik serta pengamal kejuteraan
02:08dari dalam dan luar negara bagi berkongsi pengetahuan serta amalan terbaik dalam bidang kejuteraan geoteknical.
Comments