Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Rakyat dan pemimpin perlu berani membuat pengorbanan serta mengetepikan kepentingan peribadi sekiranya mahu melihat perubahan dan kemajuan negara terus dicapai.
Transcript
00:00Semangat pengorbanan yang dibawa melalui peristiwa hijrah perlu diterjemahkan dalam kehidupan masyarakat hari ini.
00:06Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badli Shah Syam Baharin berkata ini termasuk keberanian meninggalkan zon selesa dan mengetepikan kepentingan peribadi demi
00:16kesejahteraan negara.
00:18Menurut Badli Shah, mesej yang disampaikan dalam titah Sultan Nazrin Mu'izuddin Shah sempena sambutan ma'al hijrah tahun ini
00:27amat bertepatan dengan keadaan semasa apabila ramai yang masih mendasarkan tindakan kepada kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan manfaat kepada masyarakat
00:37dan negara secara keseluruhan.
00:40Kerana sekarang ini kita ada pemimpin di pelbagai peringkat, pemimpin di peringkat politik, pemimpin di peringkat ekonomi, pemimpin di peringkat
00:49komuniti, pemimpin di peringkat institusi dan sebagainya.
00:53Jadi pemimpin ini harus bertindak supaya dia memikirkan tentang the bigger picture, memikirkan tentang masyarakat dan negara terlebih dahulu daripada
01:04dia memikirkan diri sendiri.
01:06Ini saya fikir satu mesej yang sangat penting kerana ini kalau dapat diamalkan oleh semua pemimpin di pelbagai peringkat, insyaAllah
01:14maka kemenfaatan ataupun masalah untuk masyarakat dan negara itu akan menjadi lebih utama daripada kemenfaatan peribadi dan ini akan membuat
01:27orang tidak akan melihat kepada rasuah atau melihat kepada keuntungan peribadi itu menyebihi segala-gananya.
01:34Pemimpin di semua peringkat juga perlu mengutamakan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.
Comments

Recommended