00:00Iran menerima berita positif menjelang aksi kedua kumpulan G Piala Dunia 2026 apabila pemain sayapnya Mehdi Torabi kini dibenarkan menyertai
00:09semula skuad kebangsaan di Amerika Syarikat.
00:12Jabatan media pasukan Iran dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan Torabi telah menerima visa kemasukan ke Amerika Syarikat selepas usaha Persekutuan
00:19Bola Sepak Iran dengan kerjasama FIFA.
00:23Visa baharu berkenaan membolehkan Torabi keluar dan masuk semula ke Amerika Syarikat bagi menyertai baki kempen Piala Dunia bersama skuad
00:33Meli.
00:33Sebelum ini visa yang diterima pemain berkenaan hanya sah untuk satu kali kemasukan berbeza dengan visa kebanyakan anggota skuad kebangsaan
00:42Iran yang diberikan kemudahan kemasukan berbilang.
00:45Isu itu menjadi cabaran kepada pasukan Iran yang menjadikan Meksiko sebagai pangkalan sepanjang kejohanan atas faktor keselamatan sekaligus memerlukan mereka
00:55berulang-alik ke Amerika Syarikat untuk menghadapi perlawanan.
00:59Selepas aksi pembukaan di Los Angeles, skuad Iran dilaporkan kembali ke pangkalan mereka di Meksiko dan tidak dibenarkan bermalam di
01:08Amerika Syarikat.
01:09Iran dijadual menentang Belgium dalam aksi kedua kumpulan G pada ahad ini sebelum berdepan Mesir pada 26 Jun dalam usaha
01:17memburu slot kepusingan seterusnya.
Comments