00:00Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang dikhawatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Kemaman sejak 10
00:08Jun diteruskan pada Rabu dengan kawasan pencarian meliputi 50.40 Batu Notika persegi.
00:15Pengarah Maritim Zon Kemaman, Abdul Halim Hamzah berkata, operasi memasuki hari ketujuh itu melibatkan 19 anggota agensi penguatkuasaan maritim Malaysia
00:24IPMM dan 8 anggota polis diraja Malaysia PDRM.
00:28Beliau berkata aset yang terlibat ialah sebuah kapal APMM, KM Redang bersama 19 anggota serta sebuah bot PDRM PLC-3.
00:38Dalam satu kenyataan, Abdul Halim menjelaskan setakat 12 tengah hari, pasukan pencarian masih belum menemukan sebarang petunjuk baru berkaitan kedua
00:45-dua mangsa iaitu Tekong Azan Muda dan Nordin Mohamad.
00:51Dalam insiden pada 10 Jun, bot nelayan yang dinaiki Azan dan Nordin tenggelam dalam kejadian ribut pada jam 12.30
01:00tengah malam.
01:00Bagaimanapun, seorang lagi nelayan yang menaiki bot berkenaan, Mahadi Jusoh, berjaya diselamatkan nelayan lain pada 10.30 pagi keesokannya.
01:08Terima kasih kerana menonton!
Comments