Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
Dakwaan 30,000 hingga 60,000 pelajar memasuki universiti awam (UA) melalui pintu belakang adalah tuduhan berat yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap integriti sistem pendidikan tinggi negara, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Transcript
00:00Dakwaan 30,000 hingga 60,000 pelajar memasuki universiti awam melalui pintu belakang adalah tuduhan berat yang boleh menjejaskan keyakinan
00:08rakyat terhadap integriti sistem pendidikan tinggi negara.
00:12Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zamri Abdul Qadir berkata dakwaan tidak berasas itu mewujudkan persepsi buruk seolah-olah peluang pelajar
00:20yang layak telah dirampas demi kepentingan keuangan.
00:24Zamri berkata naratif sedemikian memberikan implikasi besar terhadap kepercayaan masyarakat khususnya ibu bapa dan pelajar yang sedang mengikuti proses kemasukan
00:33ke institusi pengajian tinggi IPT.
00:36Beliau berkata sekiranya benar terdapat puluhan ribu pelajar memasuki universiti melalui saluran tidak sah, pihak yang membuat tuduhan berkenaan perlu
00:45mengemukakan bukti dan fakta bagi menyokong dawaan mereka.
00:49Beliau turut mengingatkan bahawa kebebasan bersuara bukan lesen untuk menyebarkan tuduhan tanpa asas kerana dalam dunia akademik hujah mestilah dijawab
00:59dengan fakta manakala analisis disokong data selain bukti yang kukuh.
01:04Zamri berkata kementerian pendidikan tinggi KPT sentiasa bersikap terbuka terhadap teguran membina demi memperbaiki kelemahan sistem pendidikan negara namun ia
01:15tidak bermakna tuduhan keterlaluan boleh dibiarkan tanpa sebarang asas.
01:19Pada 13 Jun lalu, semasa menyampaikan ucapan dalam ceramah umum ambang pilihan raya negeri 9, Ahli Dewan Undangan Negeri Adun
01:27Jitra yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Exko Kedah, Haim Hilman Abdullah mendakwa.
01:33Institusi pengajian tinggi awam IPTA membuka pintu belakang kepada mereka yang tidak layak tetapi berduit.
01:40Berikutan itu, pada 15 Jun, KPT sedang meneliti tindakan serta prosedur perundangan sewajarnya.
01:46Dalam pada itu, Haim Hilman dalam kenyataannya pada selasa menegaskan beliau tidak akan menarik balik pendirian itu kerana perkara yang
01:54dibangkitkan bukan serangan terhadap universiti awam.
01:57Sebaliknya menyentuh soal keadilan, ketelusan dan akses pendidikan tinggi kepada masyarakat khususnya golongan B40 serta M40.
Comments

Recommended