00:00Seterusnya, Malaysia perlu terus memperkukuh semangat perpaduan berasaskan kepelbagaian dalam bingkai kesatuan sebagai sebuah negara majmuk.
00:08Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama Zulkifli Hassan berkata, konsep itu selari dengan pendekatan piaga Madinah yang diasaskan
00:16Rasulullah SAW selepas peristiwa hijrah.
00:20Menginsafi takdir kepelbagaian yang melatari demografi negara kita, suka atau tidak, Malaysia ialah sebuah negara majmuk.
00:32Justru, sudah tentu sahifah Madinah yang digagaskan oleh Rasulullah SAW selepas peristiwa hijrah merupakan contoh agung pembinaan sebuah masyarakat yang
00:46terdiri daripada pelbagai kabilah dan agama.
00:50Namun, dihimpun dalam satu kesatuan yang berteraskan keadilan, tanggungjawab bersama dan kesetiaan kepada negara.
01:00Dalam konteks Malaysia, semangat ini diistilahkan sebagai kepelbagaian dalam bingkai kesatuan Al-Wihdah Fi Itar Al-Tanawu ataupun Unity in
01:13Diversity.
01:14Menurut Zulkifli, kepelbagaian masyarakat di Malaysia bukanlah suatu kelemahan, sebaliknya merupakan kekuatan yang perlu diurus dengan hikmah dan kebijaksanaan.
01:24Saya menyeru agar kita semua merapatkan sahif sesama kita, padam segala bara dan api permusuhan yang masih mendekam dalam sanubari
01:35kita.
01:35Tumpukan pada titik-titik yang menyatukan kita semua sebagai umat Islam.
01:41Zulkifli berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1448 Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra pada Rabu.
Comments