00:00Sultan Nazrin Muizuddin Shah mengingatkan bahawa pemimpin yang bertindak secara melulu dan dipengaruhi emosi boleh mengundang kemudaratan kepada negara serta
00:09memberi kesan buruk kepada rakyat.
00:11Timbalan yang di-Pertuan Agong justru bertitah setiap keputusan perlu dilakukan secara bijaksana berpandukan fakta dan pertimbangan yang teliti.
00:22Amatlah malang bagi sesebuah negara dan bangsa apabila berlakunya sesuatu pemimpin memilih bertindak secara impulsif, melatah dan melulu, mengikut dorongan
00:38hati dan pengaruh emosi,
00:40lalu bertindak secara terburu-buru tanpa berfikir panjang, mengutamakan kepentingan jangka pendek yang kerosakannya terpaksa dibayar dengan harga mahal oleh
00:57rakyat jelata yang tidak berdosa.
01:00Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Ma'al Hijrah 1448 Peringkat Kebangsaan di Masjid
01:10Putra, Putrajaya pada Rabu.
01:12Sultan Nazrin turut mengingatkan peristiwa hijrah membuktikan pentingnya perancangan strategik,
01:18termasuk mengiktiraf kepakaran dan integriti seseorang tanpa prejudis terhadap latar belakang agama selagi tidak memudaratkan umat Islam.
Comments