Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Seorang lelaki berusia 26 tahun dikhuatiri lemas selepas tercampak ke dalam Sungai Kobat, Kuantan, apabila bot dinaikinya merempuh bongkah kayu.
Mangsa, Muhammad Firdaus Zuharsema, gagal diselamatkan rakan akibat arus deras.
JBPM Pahang telah menggerakkan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian.
Transcript
00:00Seorang lelaki dikuatiri lemas selepas tercampak ke dalam sungai apabila bot dinaikinya merempuh bongkar kayu di Sungai Kobat Kuantan Pahang
00:09pada Selasa.
00:10Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JPPM Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu.
00:17Pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.23 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat
00:25BBP Indramakota bagi urusan mencari dan menyelamat SA.
00:31Jelas Zulfadli mangsa dikenali sebagai Muhammad Firdaus Zuhal Sema berumur 26 tahun.
00:38Hasil siasatan awal mendapati insiden dipercayai berlaku kira-kira jam 9.20 pagi ketika mangsa bersama rakannya dalam perjalanan pulang
00:47dengan menaiki bot selepas mencari umpan.
00:50Bot yang dinaiki mereka dilaporkan telangga bongkar kayu yang berada di dalam air semasa menyusuri sungai berkenaan.
00:58Impak pelanggaran itu mangsa yang berada di bahagian hadapan bot hilang imbangan sebelum tercampak ke dalam sungai.
01:06Rakan mangsa kemudiannya bertindak pantas dengan mengemudikan bot ke arah mangsa dan cuba menyelamatkannya ketika mangsa bergelut di dalam air.
01:14Bagaimanapun usaha tersebut gagal berikutan arus sungai yang deras menyebabkan mangsa hilang daripada pandangan dan tenggelam.
01:22Sesudahan itu operasi SA telah diaktifkan di lokasi sekitar muara Sungai Kobat bagi mengesan keberadaan mangsa.
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended