00:00Seterusnya, Masjid Putera di Putrajaya pagi ini menjadi tumpuan kira-kira 5,000 tetamu tempatan dan antarabangsa
00:07bagi memeriahkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1448 Hijrah 2026 Masihi.
00:16Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dijadual berangkat bagi menyempurnakan majlis bertemakan Madani Dihayati, Umah Diberkati yang bermula pada 9 pagi.
00:29Majlis penuh keberkatan itu dijangka dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Amidi dan Datuk Seri Fadila Yusof,
00:37Barisan Jemaah Menteri, Perwakilan Asing, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai Kanan Kerajaan.
00:44Tumpuan utama majlis pastinya titah Sultan Nazrin yang seterusnya akan menyempurnakan penggunaan anugerah tokoh Maal Hijrah bagi kategori kebangsaan dan
00:53antarabangsa.
00:55Penganugerahan berprestij itu merupakan pengintirafan kepada tokoh yang memenuhi kriteria ditetapkan termasuk memiliki pengetahuan luas dalam disiplin ilmu diceburi,
01:05sasiah terpuji serta sumbangan cemelang dalam pembangunan syia Islam di peringkat global maupun domestik.
01:12Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, tema tahun ini dipilih sebagai pemangkin bagi mengajak umat Islam menghayati semangat hijrah Rasulullah
01:22SAW yang menjadi titik permulaan pembinaan tamadun Islam unggul.
01:29Keistimewaan sambutan tahun ini ialah program tausiah Maal Hijrah yang diadakan di Majjid Putera pada Selasa sebagai pengisian baru yang
01:37memberi fokus kepada tadabur ayat Al-Quran sekaligus mengajak umat Islam menghayati makna hijrah sebagai titik perubahan dalam kehidupan.
01:46Pendekatan itu membolehkan peserta bukan sahaja mendengar bacaan Al-Quran oleh kari terbaik, malah memahami mesej, hikmah dan panduan daripada
01:55ayat-ayat yang dibacakan untuk diterapkan dalam kehidupan seharian.
02:00Sebagai pengisian susulan, Majlis Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa 1448 Hijrah 2026 Masihi akan diadakan pada Khamis
02:13di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya bermula pada 9 pagi bagi memberi peluang kepada penerima tokoh berkongsi ilmu serta inspirasi.
Comments