Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Terdapat insiden yang menunjukkan proses tender pada awalnya kelihatan kompetitif namun selepas penilaian kewangan dan teknikal dibuat hanya satu syarikat yang layak kerana spesifikasi yang ditetapkan menjurus kepada vendor tertentu.
Transcript
00:00Kementerian Keuangan MOF mengesan ketidakaturan dalam proses perolehan tender kerajaan khususnya melibatkan penyediaan spesifikasi yang menjurus kepada vendor tertentu.
00:11Ketua Setiausaha Perbenaraan Tuan Seri Johan Mahmud Merikan berkata, walaupun proses tender dilaksanakan secara terbuka, terdapat kes di mana hanya
00:19satu syarikat layak selepas penilaian teknikal dan keuangan.
00:25Katanya keadaan itu berlaku kerana spesifikasi yang ditetapkan terlalu khusus sehingga mengehadkan persaingan dalam kalangan syarikat lain.
00:33Beliau turut maklumkan bahawa amalan rundingan terus telah dihentikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Keuangan
00:40bagi meningkatkan ketelusan dalam perolehan kerajaan.
00:44Namun begitu, MOF mengesan taktik lain masih digunakan apabila proses tender kelihatan kompetitif pada peringkat awal,
00:51tetapi akhirnya memihak kepada satu vendor sahaja.
00:54Menurut Johan, isu itu bukan kes terpencil, sebaliknya berlaku berulang kali melibatkan beberapa agensi termasuk di peringkat kementerian.
01:03Subungan itu, Perdana Menteri mengambil pendirian tegas sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh tata kelola dan integriti dalam perolehan kerajaan.
01:11Beliau berkata kerajaan telah meluluskan rang undang-undang perolehan kerajaan 2025 bagi memperketat aspek accountability dan penguatkuasaan.
01:21Melalui undang-undang itu, tindakan masih boleh dikenakan terhadap pegawai yang melakukan ketidakaturan walaupun selepas besara.
01:28Dalam perkembangan sama, Johan menegaskan, Badan Berkanun terus memainkan peranan penting sebagai pemacu pembangunan negara termasuk dalam aspek ekonomi, inovasi
01:38dan kesejahteraan rakyat.
01:41Terima kasih telah menonton!
01:41Terima kasih telah menonton!
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended