Skip to playerSkip to main content
"Kenapa periksa saya? Saya datang cuma mahu beli makanan."

Itu reaksi seorang lelaki warga asing yang mempersoalkan tindakan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor sebelum cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan dalam Ops Kutip di tapak pasar malam Jalan Sri Selayang pada Ahad.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783859/berita/semasa/enggan-diperiksa-warga-asing-bergelut-dengan-pegawai-jim

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Pati #OpsKutip
Transcript
00:00Kenapa periksa saya? Saya datang cuma mahu beli makanan.
00:03Itu reaksi seorang lelaki warga asing yang mempersoalkan tindakan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia, JIM Selangor,
00:10sebelum cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan dalam Ops Kutip di Tapak Pasar Malam Jalan Sri Selayang pada Ahad.
00:18Cubaan lelaki berusia lingkungan 30-an itu bagaimanapun gagal apabila dia berjaya ditahan selepas berlaku pergelotan dengan pegawai bertugas.
00:25JIM Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan operasi yang berbula kira-kira jam 6 petang itu
00:31dijalankan di beberapa lokasi sekitar Selayang yang dipercayai menjadi tumpuan warga asing.
00:36Menurutnya, lokasi pertama melibatkan kawasan Tapak Pasar Malam Batu Caves.
00:41Seramai 59 warga asing telah diperiksa dan daripada jumlah itu, 39 individu ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah
00:50Akta Imigresen 1959-63.
00:53Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Myanmar, Indonesia, Bangladesh, India dan Pakistan.
01:00Katanya, antara kesalahan yang dikesan ialah tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah serta tinggal lebih masa.
01:07Menurutnya, operasi kemudian diteruskan ke sebuah restoran di Selayang Baru yang dipercayai menggajikan warga asing tanpa dokumen sah.
01:14Hasil pemeriksaan di lokasi kedua mendapati empat lelaki warga asing dipercayai bekerja di premis berkenaan.
01:34Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended