Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendakwa satu perjanjian awal untuk menamatkan perang di Teluk telah dimeterai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, namun butiran penuh perjanjian itu masih belum didedahkan kepada umum.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dakwa satu perjanjian awal untuk menamatkan perang di Teluk telah dimeterai antara Amerika Syarikat dan
00:08Iran, namun butiran penuh perjanjian itu masih belum didelahkan kepada umum.
00:12Trump membuat kenyataan itu sejurus tiba di Perancis untuk menghadiri sidang kemuncak kumpulan 7G7 sambil maklumkan bahawa naib Presiden Amerika
00:21Syarikat, Genevieve Vance, akan menghadiri majlis menandatangani perjanjian secara rasmi di Geneva pada Jumaat.
00:30Menurut beliau, perjanjian berkenaan akan membuka semula selat hormos yang sebelum ini disekat serta melanjutkan genjatan senjata selama 60 hari
00:38bagi membolehkan rundingan diteruskan berhubung isu-isu utama termasuk masa depan program nuklir Iran.
00:43Perjanjian tersebut dilihat sebagai perkembangan paling penting setakat ini dalam usaha menamatkan konflik yang dilaporkan ragut sekurang-kurangnya 7,000
00:52nyawa, kebanyakannya di Iran dan Lubnan selain menggugat kestabilan pasaran tenaga dunia.
00:57Bagaimanapun, banyak aspek perjanjian itu masih belum jelas. Pegawai Amerika Syarikat dan Iran berkata perjanjian berkenaan berpotensi membawa manfaat ekonomi
01:04besar kepada Iran melalui pelonggaran sekatan, pembebasan aset yang dibekukan di luar negara serta penubuhan dana pemidaan semula bernilai $300
01:13bilion yang akan dibiayai sekutu negara-negara teluk.
01:17Namun, pegawai Amerika yang enggan dikenali berkata, Iran perlu memenuhi tuntutan Washington untuk tidak membangunkan senjata nuklear dan menghentikan sokongan
01:26terhadap kumpulan bersenjata proksi seperti Hezbollah sebelum menikmati manfaat tersebut.
01:31Mengenai selat hormos, Iran memberi bayangan bahawa ia akan terus berkongsi kawalan laluan strategik bersama Oman.
01:37Sebaliknya, Amerika Syarikat menegaskan selat berkenaan akan dibuka tanpa sebarang bayaran selama 60 hari dan berharap syarat itu dimasukkan dalam
01:47perjanjian muktamad kelak dalam perkembangan berkaitan konflik antara Israel dan Hezbollah yang disokong Iran di Lubnan turut menjadi antara isu
01:54yang belum diselesaikan.
Comments

Recommended