00:00Bertemu kembali. Orang ramai dinasihatkan sentiasa bersedia dan peka terhadap perubahan cuaca susulan jangkaan fenomena El Nino yang diramal mula
00:09mempengaruhi cuaca negara dalam tempoh terdekat.
00:12Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, fenomena berkenaan yang berkemungkinan berterusan sehingga awal tahun 2027.
00:21Dijangka menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering daripada biasa sepanjang monsoon Barat Daya.
00:30Beliau yang juga pengurusi jawatan kuasa pengurusan berjana pusat berkata, keadaan itu sekaligus berpotensi mengurangkan jumlah hujan di beberapa kawasan
00:40selain meningkatkan risiko kekurangan bekalan air, kebakaran hutan dan tanah gambut serta kejadian jerebu.
00:46Menerusi hantaran di Facebook, beliau menasihatkan rakyat agar menggunakan air secara berhema, mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka serta mengutamakan kesihatan diri
00:55dan keluarga, khususnya golongan yang lebih terdedah kepada cuaca panas.
01:00Ahmad Zahid turut menyeru orang ramai agar mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui aplikasi MyCuaca dan saluran rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia,
01:09MedMalaysia.
01:10Beliau berkata, persediaan awal dan tindakan yang bertanggungjawab daripada semua pihak amat penting bagi mengurangkan risiko serta memastikan kesejahteraan rakyat
01:18sentiasa terpelihara.
01:20Katanya kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa dan mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat sentiasa menjadi
01:29keutamaan.
Comments