Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru telah memberikan perlindungan kepada dua warga Indonesia, dikenali sebagai YY dan SH, yang dipercayai menjadi mangsa keganasan oleh majikan mereka di Johor.

Menurut kenyataan KJRI Johor Bahru, pihaknya dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur sedang mengatur usaha membawa YA yang kini berada di Kuala Lumpur bagi mendapatkan perlindungan yang sama.
Transcript
00:00Konsulat General Republik Indonesia KJRI Johor Bahru telah memberikan perlindungan sementara kepada dua warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa keganasan
00:10oleh majikan mereka di bandar itu baru-baru ini.
00:14Perkara itu disahkan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Raden Dato' Muhammad Iman Hastarya, menerusi satu hantaran video pada Isnin.
00:21Dapat kami sampaikan bahwa kasus ini telah menjadi perhatian dan langsung ditindak lanjuti oleh rekan-rekan di KJRI Johor Bahru
00:33ketika mendapat laporan pengaduan pada tanggal 13 Juni dari WNI yang menjadi korban tindak kekerasan.
00:41Seiring berjalannya waktu, kasus kemudian menjadi viral dengan adanya video rekaman yang beredar.
00:48Sehingga semakin membantu kami di sini untuk mendorong berbagai pihak membantu penyelesaian kasus dengan segera dan tuntas.
00:58Terima kasih juga kepada pihak kepolisian Johor Bahru yang turut membantu penanganan kasus.
01:05KJRI Johor Bahru dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua mangsa telah dibawa ke tempat tinggal sementara konsulat itu dan kini menerima
01:13perlindungan serta bantuan lanjut.
01:15Menurut KJRI Johor Bahru, pihaknya menerima aduan daripada seseorang yang dikenali sebagai YY yang mendakwa dirinya serta dua lagi warga
01:24Indonesia YA dan SH menjadi bangsa keganasan fizikal ketika bekerja sebagai pembantu rumah di Johor.
01:32Mereka didapati bekerja di Malaysia tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak memiliki permit kerja yang sah.
01:38KJRI Johor Bahru juga sedang mengatur usaha membawa seorang lagi individu yang kini berada di Kuala Lumpur bagi mendapatkan perlindungan
01:47yang sama menerusi kerjasama dengan Kedutaan Besar Republik Indonesia KBRI di Kuala Lumpur.
01:53Pada ahad, Ketua Polis Johor Dato' Abdul Rahman Arsad berkata kesemua suspek berusia 30 hingga 34 tahun dalam kes itu
02:01sudah ditahan di sebuah rumah di Taman Johor dekat Tampoi Johor Bahru pada 7.30 minit malam Sabtu lalu.
Comments

Recommended