Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir menegaskan rejim itu tidak terikat dengan sebarang perjanjian damai tajaan Amerika Syarikat (AS) yang tidak menjamin keselamatan negara haram itu.
Transcript
00:00Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben Gevir, tegaskan rejim itu tidak terikat dengan sebarang perjanjian damai tajaan Amerika Syarikat yang
00:08tidak menjamin keselamatan negara haram itu.
00:11Ben Gevir berkata demikian menerusi hantaran di PlatformX ketika mengulas usaha Amerika, berangka perjanjian, melibatkan Iran serta situasi keselamatan serantau
00:21termasuk konflik di Lubnan.
00:24Menurut Ben Gevir, Israel merupakan negara berdaulat dan tidak tertakluk kepada tekanan pihak luar.
00:30Katanya negara haram itu bukan rakan kepada perjanjian berkenaan yang tidak menjamin keselamatan dan ia tidak mengikat mereka dalam apa
00:38jua cara.
00:39Ujarnya lagi setiap kali rejim itu tunduk kepada tekanan antarabangsa sehingga menjejaskan keselamatan, Israel terpaksa membayar harga yang tinggi.
00:48Mengulas konflik di Lubnan, Ben Gevir menegaskan Israel tidak akan berkompromi kecuali dengan pembubaran sepenuhnya kumpulan Hezbollah.
00:56Ben Gevir turut menegaskan keengganan Israel untuk berundur dari wilayah yang ditawan disamping memberi amaran terhadap sebarang ancaman di sepadan
01:05utara.
01:06Walaupun menyatakan perhargaan kepada pentadbiran Presiden Donald Trump, Ben Gevir menegaskan Israel akan menolak sebarang desakan luar yang bertentangan dengan
01:14kepentingan rejim itu.
01:18Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended