00:00Sebanyak 14 sekolah di seluruh negara dikenalpasti bagi pelaksanaan projek rintis Zon Sekolah Selamat
00:06yang dijangka memberi manfaat kepada hampir 20,000 murid dan warga sekolah.
00:11Menteri Pengangkutan Anthony Lok berkata ketika ini projek rintis pertama telah dilaksanakan di sebuah sekolah di Brickfields, Kuala Lumpur
00:19manakala baki sekolah lain akan disiapkan dalam tempoh beberapa bulan lagi.
00:25Jadi ini perlu ada intervensi untuk memastikan Zon yang selamat.
00:30Apa yang dimasukkan Zon yang selamat ialah dia perlu ada special design di depan sekolah itu.
00:35Kita ada buat bonggo, ada buat perkakas pelabut, jalan raya, ada reka bentuk yang memastikan kenderaan yang lalu sekolah itu
00:46mesti perlahankan kenderaan mereka.
00:49Dan di Zon sekolah ini, sekarang ini kita telah menetapkan had laju 30km sahaja untuk memastikan keselamatan kanak-kanak.
00:56Jadi tahun ini kita akan teruskan agenda ini untuk perbanyakan Zon selamat sekolah ini di seluruh negara.
01:06Sehubungan itu pihaknya mahu memperluaskan program ini kepada ratusan atau mungkin ribuan sekolah yang berisiko,
01:12namun ia tidak boleh bergantung kepada peruntukan MKJR semata-mata.
01:16Dalam perkembangan sama, Lok mengumumkan peruntukan RM30,000 kepada setiap MKJR negeri bagi menampung keperluan operasi
01:24dan memperkuatkan pelaksanaan program keselamatan jalan raya di peringkat negeri serta komuniti.
Comments