Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Seorang petugas perubatan Palestin dan anak lelakinya terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan bumbung sebuah bangunan di Bandar Gaza pada Isnin.
Transcript
00:00Kekajaman rejim Zionis di Gaza masih berterusan sehingga kini dan terbaru, seorang petugas perubatan Palestine dan anak lakinya terbunuh dalam
00:08serangan udara Israel yang nyasarkan bumbung sebuah bangunan di bandar Gaza pada Isnin.
00:14Merupakan gawai kesehatan Palestine, mangsa dikenali sebagai Muhammad Al-Habil yang bertugas di Hospital Al-Shifa.
00:22Beliau terbunuh bersama anaknya, Musa ketika sedang mengisi bekas air di atas bumbung bangunan berkenaan.
00:28Bapa Muhammad Abu Muhammad berkata anaknya ketika itu sedang membantu menyediakan bekalan air kepada penduduk yang berdepan kekurangan air bersih.
00:37Dalam perkembangan sama, pegawai kesehatan memaklumkan sekurang-kurangnya empat rakyat Palestine terbunuh akibat serangan udara dan tembakan tentera Israel di
00:45Gaza pada Isnin.
00:46Petugas perubatan berkata satu lagi serangan udara Israel mengorbankan seorang wanita di kawasan Rewaida, tengah Gaza.
00:53Sementara itu, seorang lagi rakyat Palestine terbunuh dalam serangan berasingan yang menyasarkan kamp pelarian Nusirat yang terletak berhampiran kawasan berkenaan.
01:02Setakat ini, tentera Israel belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.
Comments

Recommended