Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Beban kewangan kira-kira 80,000 pesakit yang menggunakan perkhidmatan Program Ubat Melalui Pos (UMP) bakal berkurangan apabila kos penghantaran ubat ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan mulai bulan depan.
Transcript
00:00Kira-kira 80,000 pesakit yang menggunakan perkhidmatan program ubat melalui POS UMP bakal menikmati penghantaran ubat secara bercuma apabila
00:08kerajaan mengambil alih sepenuhnya kos perkhidmatan itu bermula bulan depan.
00:13Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fazil berkata, kira-kira RM5.69 juta setahun diperuntukkan bagi menampung perbelanjaan penghantaran ubat di bawah
00:23program tersebut.
00:26Inisiatif itu mampu meringankan beban kewangan pesakit khususnya mereka yang bergantung kepada bekalan ubat secara berkala.
00:34Kalau boleh, secepat mungkin. Kita harap menjelang bulan tujuh ini dah boleh mula di setiap negeri. Jadi tidak perlu lagi
00:46ditanggung oleh mana-mana pihak, terutama oleh para pesakit sendiri.
00:53Jadi akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan.
00:56Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persepahaman MOU bagi pelaksanaan inisiatif pemacu ekosistem dan ketersambungan
01:08kesihatan digital negara persadah di Putrajaya pada Ismin.
01:12Kata Fahmi, pembiayaan itu akan disalurkan melalui Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC.
01:19Urusan mengenalpasti penerima yang layak akan dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan KKM berdasarkan garis panduan sedia ada.
01:29Penghantaran ubat pula akan dilaksanakan menerusi pos Malaysia yang mempunyai keupayaan logistik serta rangkaian penghantaran ke seluruh negara.
01:37Kementerian Kesihatan
Comments

Recommended