00:00Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 7 sebuah pangsa puri di Taman Sepakat Indah
00:082 di Kajang awal pagi pada Isnin.
00:11Ketua Polis Daerah Kajang SCP Nazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di Blok A B Apartment
00:21Sri Lavender daripada seorang lelaki menerusi talian MERS 999 pada 7.12 pagi.
00:28Beliau berkata pasukan perubatan yang tiba di lokasi telah membuat pemeriksaan serta mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
00:37Nazron berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu terjatuh dari kediaman bertingkat berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
00:46Bagaimanapun kes terus disiasat di bawah Seksyen 31-1-A Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mempunyai unsur pengabayan.
00:55Dia turut menasihati ibu bapa dan penjaga agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak dan memastikan keselamatan mereka terutamanya di kawasan
01:04kediaman bertingkat.
Comments