Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh mengesahkan partinya menyasarkan 20 kerusi bagi PRN Johor manakala 16 kerusi untuk PRN Negeri Sembilan.
Transcript
00:00PKR akan tanding sekurang-kurangnya 20 kerusi Dewan Undangan Negeri di Johor,
00:06manakala 16 kerusi di Negeri Sembilan pada pilihan raya negeri akan datang.
00:10Setiusaha Agong PKR, Datuk Fuziah Saleh memaklumkan,
00:13agihan tersebut telah mencapai kata sepakat dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan.
00:38Mengulas prestasi Pakatan Harapan berdasarkan PRN Johor 2022, Fuziah menegaskan.
00:44Situasi tersebut tidak boleh dijadikan panduan kerana terdapat perbezaan konteks dengan pilihan raya umum.
00:51Beliau berkata faktor pandemik COVID-19 pada waktu itu menyebabkan ramai pengundi luar,
00:56terutama yang bekerja di Singapura, tidak dapat pulang mengundi.
01:00Dalam perkembangan berkaitan, Fuziah menifatkan kemunculan parti politik baharu dalam lanskap negara
01:06sebagai satu perkara positif dalam sistem demokrasi.
01:09Beliau berkata sistem pelbagai parti adalah amalan biasa di negara demokratik
01:14dan ia perlu diraihkan dengan persaingan sihat berasaskan tawaran kepada rakyat.
01:19Kita lihat memang multi-parti sistem itu satu perkara yang biasa.
01:24kolizyen yang berbeza di negeri dan di pusat itu juga berlaku.
01:30Jadi tidak peliklah kalau ianya juga berlaku di Malaysia.
01:35Cuma pesanan saya, kempenlah secara sihat, bawalah kebaikan yang boleh ditawarkan
01:45bukan memburukkan parti lain. Bawa kebaikan. What do you offer?
01:50Fuziah berkata demikian ketika ditemui media pada program jualan Rahmah Madani
01:56sempena pembukaan cawangan baharu rakan strategi KPDN di Kuantan pada Ahad.
Comments

Recommended