00:00Barisan Nasional BN mengaluh-alukan penubuhan parti politik baharu termasuk Parti Wawasan Negara.
00:05Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berharap kewujudan parti tersebut tidak memecahbelahkan orang Melayu.
00:14Apapun wadah yang digunakan, apabila akhirnya kita dapat menyatukan tindakan kita atas agenda negara, agenda Islam dan agenda anak bangsa
00:28kita insyaAllah.
00:28Dokongan akan dapat kita berikan kerana kita juga telah bersama-sama untuk bertemu di dalam wacana ataupun perbincangan melalui kolaborasi
00:48nasional yang telah kita adakan.
00:52Di peringkat parti rumah bangsa, di peringkat NGO kita telah mewujudkan mesyuarat nasional.
01:02Menurut Ahmad Zahid, penyatuan parti politik Melayu-Islam di peringkat nasional bukan untuk mewujudkan penyatuan dari segi calon,
01:11sebaliknya perbezaan pemikiran dapat diterjemah dalam bentuk agenda nasional, agenda Islam dan agenda anak bangsa dengan tidak mengenepikan mana-mana
01:20kaum serta agama lain.
01:22Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Zikir Peringkat Haul Asmahul Husna 2026 di Masjid Sultan Iskandar pada
01:31Datuk On, Johor Bahru.
01:32Pada Sabtu, Ketua Gerakan Riset Malaysia, Datuk Sri Hamzah Zainuddin mengumumkan gerakan itu akan bergerak di bawah sebuah parti baru
01:40iaitu Parti Wawasan Negara.
01:43Katanya, parti itu diwujudkan sebagai wadah penyatuan yang akan bekerjasama dengan PAS dan parti-parti lain yang sehaluan bagi membentuk
01:51kesepahaman politik yang lebih komprehensif dan meyakinkan.
Comments