Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Ketika parti-parti politik sedang menyusun semula strategi menjelang cabaran politik akan datang, tumpuan kini terarah kepada kemunculan Parti Wawasan serta perkembangan kerjasama melibatkan Parti Warisan dan Pas.

Adakah ini sekadar percaturan politik biasa, atau petanda kepada perubahan yang lebih besar dalam landskap politik negara? Bersama saya di talian ialah Penganalisis Politik Dan Konsultan Kanan, Asia Global Consulting, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.
Transcript
00:00Baik ketika parti-parti politik sedang menyusun semula strategi menjalan cabaran politik yang akan datang, tumpuan kini terarah kepada kemunculan
00:07parti wawasan serta perkembangan kerjasama melibatkan parti warisan dan juga PAS.
00:13Adakah ini sekadar percaturan politik biasa atau petanda kepada perubahan yang lebih besar dalam landscape politik negara?
00:20Dan bagi mengupas perkara ini, saya bersama di talian ialah pengadensis politik dan konsultan kanan Asia Global Consulting, Dr. Ahmad
00:27Zahruddin Sani Ahmad Sabri.
00:29Selamat pagi, Doktor.
00:32Selamat pagi, Kabir. Sehat Kabir pagi ini?
00:34Alhamdulillah, sehat, Doktor.
00:35Baik, kini dengan kembalinya Datuk Seri Hamzah ke Kerusi Ketua Pembangkang, adakah ini akan menjadi pendorong untuk pengundi beralih ke
00:44parti warisan pula, Doktor?
00:48Agak menarik apabila pengumuman yang dilakukan semalam berkenaan dengan penubuhan parti wawasan.
00:57Akan tetapi, isu yang berlaku ialah kalau kita sering menyatakan tentang perpaduan umar, kesatuan umar, politik naklah menyatukan antara orang
01:09-orang Melayu,
01:10akan tetapi apabila wujudnya parti-parti bangsa terkasima sebenarnya.
01:16Saya agak terkasima sebenarnya, Kabir.
01:19Kerana bagi saya, kenapa perlu wujudnya parti-parti bangsa?
01:25Jika parti yang sedia ada itu ataupun orang-orang yang dalam parti baru ini, sehaluan dengan parti-parti yang sedia
01:33ada ataupun parti-parti yang mempunyai ideologi yang sama.
01:37Kerana itu, saya apabila nampak semalam itu seolah-olah macam kita betul, kita nak merancakkan politik Malaysia, kita nak meramaikan
01:49dinamika politik di Malaysia,
01:51tetapi adakah kita memberi pilihan yang tepat kepada rakyat?
01:55Itu yang persoalan yang kita sering lupa.
01:58Kita rasa bahawasanya dengan adanya kepelbagian parti ini akan menyebabkan kita memberi pilihan yang lebih banyak kepada rakyat.
02:09Akan tetapi, pilihan yang banyak ini akan menyebabkan rakyat lebih terkeliru.
02:14Kita ambil analogi yang mudah, Kabir.
02:17Kalau kita pergi ke kedai makan, kita kedai itu penuh dengan lauk-lauk.
02:21Ada lebih daripada 20-30 lauk-lauk yang ada terhidang di atas meja tersebut.
02:28Kita sebagai seorang yang nak makan, pergi dah ambil nasi, kita akan terfikir-fikir.
02:35Lauk mana yang kita nak ambil?
02:37Kerana terlampau banyak lauk yang sedia ada.
02:40Dan lauk-lauk itu akhirnya ada lauk yang tidak terusik langsung.
02:44Kerana lauk tersebut nampak tidak menarik dan mungkin ada lauk yang lebih menarik daripada lauk-lauk yang lain.
02:50Dan tidak juga, kadang-kadang lauk juga memberikan parangan bahawa sebenarnya tentang rasanya.
02:56Ada lauk yang rasanya tidak sesuai dengan setengah pembeli.
03:02Kerana itu dalam politik ini pun juga seolah-olah sah.
03:08Akan menyebabkan pengundi itu sendiri keliru.
03:13Parti mana yang mereka nak ikut, parti mana yang mereka nak dengar, parti mana yang mereka nak julang.
03:19Jadi di sini, adakah ia akan memberi satu alternatif yang baru?
03:23Saya tak nafikan, dia memberi alternatif yang baru.
03:26Tetapi adakah ia memberi keuntungan kepada rakyat?
03:30Itu yang harus kita fikirkan.
03:32Saya merasakan adalah lebih baik jika mereka-mereka ini yang serpihan-serpihan daripada mana-mana parti-parti yang sedia ada.
03:40sepatutnya mereka ini masuk sahaja dalam parti-parti indok yang sedia ada.
03:47Bukannya kita mencipta parti baru.
03:49Kalau selepas ini, siapa-siapa yang bergaduh dalam parti-parti yang lain keluar buat parti baru pula.
03:54Tambah lagi, semuanya masuk peliar raya.
03:58Tetapi masuk peliar raya, semua nak masuk peliar raya atas dasar solo.
04:02Nak parti menang susah.
04:03Akhirnya, akhirnya bergabung juga.
04:06Jadi apakah maksudnya sebenarnya di sini?
04:09Adakah semua pemimpin di Malaysia ini mengejar cita-cita untuk menjadi pemimpin?
04:15Ataupun sebenarnya mereka ini ingin membetulkan ataupun membawa halatuju negara
04:22yang lebih progresif, yang lebih adik, yang lebih saksama untuk rakyat Malaysia kali ini.
04:30Ya, Doktor. Menarik bila Doktor gunakan analogi banyak lauk paut yang disediakan di kedai makan.
04:34Kalau kita tengok sahab belacan itu, dia pelengkap pada lauk.
04:37Kalau kita tengok kalau ada lauk ayam, lauannya ada lauk ikan.
04:40Kerana ada yang tak mungkin tak boleh makan ikan, boleh makan ayam.
04:42Itu mungkin kita nampak ada kontranya di situ.
04:44Tapi untuk politik seperti ini, apa mungkin ruang yang nak diisi oleh parti warisan atau wawasan ini
04:52dan dalam tempoh akan datang nanti, apa yang kita boleh jangka akan dicapai oleh parti ini
04:58mungkin dalam tempoh setahun akan datang, Doktor?
05:02Dia agak sukar kalau kita lihat sejarah Malaysia.
05:05Parti-parti sepihan ini, kalau Kabir masih ingatlah ketika Kabir pun masih kecil lagi.
05:10Saya pun kecil lagi ketika itu.
05:12Sepihan daripada UMNO mula-mulanya dahulu, semangat 46.
05:18Akhirnya tidak ke mana?
05:20Kemudian kita lihat sepihan kedua mereka itu.
05:24Kita ada APKR.
05:26Nak kata mereka ini domina juga tidak ke mana?
05:29Kita lihat sendiri sepihan daripada PAS.
05:32Kita pernah ada berjasa.
05:34Kita pernah ajar Hamim.
05:36Akhirnya kita juga ada amanah.
05:38yang juga sebenarnya tidak ke mana-mana.
05:42Pecahan daripada DAP juga ada, ada sebagainya.
05:47Tetapi pun tidak ke mana-mana.
05:50Yang menjadi persoalan sekarang ini,
05:52adakah mereka menawarkan sesuatu yang berbeza daripada parti-parti yang sedia ada itu?
06:00Kalau mereka tawarkan sesuatu yang sama,
06:04persoalan yang tetap sama saya sering tanya kepada mereka.
06:07Kalau yang kita tawarkan itu adalah benda yang sama yang ditawarkan kepada
06:13Kenapa kita perlu buat yang baru?
06:16Melainkan kita punya niat bahawasanya saya nak jadi pemimpin parti,
06:20pemimpin parti yang menang, pemimpin parti yang kata kalau menang nanti,
06:24inilah yang akan diangkat menjadi Perdana Menteri sebagai contoh.
06:29Kalau itu cita-citanya, maka harus difikir kembali.
06:33kenapa mereka ini masuk politik.
06:37Saya rasa zaman sekarang ini zaman di mana rakyat lebih capnah tentang politik,
06:42rakyat lebih tahu tentang politik, rakyat lebih faham tentang politik,
06:47dan akhirnya rakyat juga akan menentukan siapa yang patut dibawa
06:52menjadi pemimpin negara.
06:54Saya takut, bukan dia mengisi kekosongan.
06:57Tetapi akhirnya, mereka ini terpinggir begitu sahaja,
07:01kerana tawaran yang mereka cuba ketengahkan itu adalah tawaran yang biasa-biasa sahaja.
07:07Semua parti melaksanakan manifesto yang hebat-hebat.
07:12tetapi persoalan yang kita nak tanya,
07:15mana parti yang ada di Malaysia ini, yang lebih daripada 60 tahun ini,
07:20yang kita sudah mempunyai kerajaan sendiri ini,
07:23yang berjaya mencapai 100% KPI ataupun manifesto yang mereka rencanakan.
07:31Itu persoalannya.
07:32Jadi adakah kita nak menambah, orang kata menjadi penyedap kepada politik
07:39dengan adanya perisa-perisa baru ini,
07:42yang akhirnya tidak boleh ke mana-mana,
07:45tidak membawa rakyat ke mana-mana,
07:47tetapi lebih membawa kepada kepecahan.
07:50Kita kena ingat, rakyat Malaysia ini apabila dia berpolitik,
07:54dia agak sentimental sedikit,
07:57maknanya dia terlampau terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.
08:01sehingga dia memusuhi antara satu sama lain.
08:05Sehingga menyebabkan kita rasa orang sebelah rumah kita ini
08:08tak suka kita membencik kita kerana ideologi-ideologi politik.
08:12Kita belum sampai ke tahap di mana kalau sebelah rumah kita
08:16mempunyai orang yang berperbandangan yang berbeza dengan kita.
08:20Kita boleh lagi duduk semeja di luar rumah,
08:24minum kopi, cecak biskut petang-petang,
08:27belum sampai ke tahap itu lagi.
08:28Jadi apabila kita sampai kepada perpecahan yang pelbagai ini,
08:33adakah kita menciptakan segmentation-segmentation yang tertentu dalam rakyat?
08:38Orang politik sering mengatakan,
08:41memperjuangkan bahawasanya kita perlukan kepada penyatuan,
08:45kita perlukan kepada toleransi,
08:48kita perlukan kepada orang kata penerimaan antara satu sama lain.
08:54Tetapi apabila berada dalam petas politik semata-mata untuk mendapat undi kabir,
09:00mereka mengelepikan benda-benda ini.
09:02Ini yang menjadi masalah untuk rakyat sebenarnya.
09:06Pelakon-pelakon politik ini,
09:09apa yang cuba mereka terjemahkan kepada rakyat?
09:13Bayangkan jika rakyat semua mengikut perangai mereka,
09:17maka akhirnya kita tidak ada perpaduan,
09:20kita tidak ada harmoni yang akhirnya akan menyebabkan
09:25kita hidup perubang ambil.
09:28Ekonomi kita tidak boleh bangkit.
09:29Perpaduan kita tidak boleh tercipta.
09:32Kerana berlakunya perasaan kebencian antara satu sama lain
09:36disebabkan oleh ideologi politik ini kabir.
09:41Ya, Doktor. Dan seperti saya katakan tadi,
09:43mungkin ini nampak seperti parti politik yang agak baru.
09:46Tetapi dengan lantangnya suara Dato' Seri Hamzah Zainuddin
09:49dan juga gabungan dengan PAS,
09:51mungkin ada potensi untuk mereka mencapai sesuatu
09:54untuk mungkin pilihan raya akan datang.
09:57Tapi mungkin, Doktor, apa yang kita perlu perhatikan
10:00kepada parti ini dalam tempoh akan datang nanti?
10:04Saya suka pada perkataan Kabir tadi.
10:07Bila Kabir kata suara yang lantang.
10:10Saya sebenarnya, Malaysia masih lagi ke arah di situ.
10:15maknanya apabila kita dapat seorang ahli politik
10:18yang mempunyai suara yang gah, suara yang hebat,
10:22aura yang tertentu, kita lebih tertarik kepada mereka.
10:25Saya rasa zaman sekarang bukan lagi zaman retorik.
10:32Kita tak nak lagi orang-orang yang berdegar, berdegar, bercakap,
10:36tetapi penghasilannya adalah kosong.
10:40Kerana itu, saya sering mengatakan begini Kabir,
10:45mereka-mereka yang masuk politik ini,
10:46siapakah yang menilai pencapaian mereka?
10:49Apakah KPI mereka itu telah tercapai?
10:53Apakah penghasilan yang mereka lakukan
10:55selama menjadi wakil rakyat itu sudah terbukti
10:58untuk kita angkat mereka lagi di masa akan datang?
11:02Kita ambil contoh ya Kabir,
11:03kalau kita kerja, setiap tahun kita diberi KPI kita tertentu.
11:09Kita harus melaksanakan beberapa perkara
11:11yang semestinya senanglah tercapai.
11:15Kalau tidak tercapai, kita mungkin diberi markah yang rendah,
11:19kita diberi surat tunjuk sebab,
11:21kita diberi amaran kalau berlaku lagi perkara begini,
11:24kita boleh diberhentikan kerja.
11:26Tetapi untuk orang-orang politik ini Kabir,
11:29pernahkah kita dengar kita menilai KPI-nya,
11:34pernah tak kita mendengar ada orang hantar surat tunjuk sebab
11:37kepada orang-orang politik bahawa senyia
11:42anda tidak mencapai taraf yang mana anda katakan?
11:46Saya rasa belum lagi.
11:47Jadi ini menyebabkan mereka ini lebih seronok untuk bercerita,
11:51berkata macam-macam, memberikan janji-janji yang begitu hebat
11:57kepada rakyat, untuk rakyat mempercayai mereka.
12:01Dan akhirnya, yang menjadi kecewa adalah kita.
12:04Kerana itu, kita naklah memikirkan,
12:07adakah kita nak angkat pemimpin yang retorik,
12:10ataupun kita nak mengangkat pemimpin yang boleh bekerja
12:14ataupun kita nak mengangkat pemimpin yang boleh dihormati
12:18sama ada di dalam dan di tempatan maupun di antarabangsa.
12:23Ini yang harus kita tanya sebagai rakyat.
12:26Ini konsep yang ada sekarang ini,
12:28berdegar-berdegar,
12:30bercakap dengan lantang.
12:32Saya rasa kalau zaman untuk menaikkan semangat,
12:36mencapai kemerdekaan,
12:37itu adalah sesuatu yang sesuai.
12:39Ketika ini, kita bukan perlukan kepada perkara tersebut.
12:44Kita perlukan bagaimana kita untuk menyusun perjalanan negara ini.
12:49Saya masih tertanya-tanya, Kabir,
12:52sehingga hari ini,
12:53parti-parti politik yang ada di Malaysia pada hari ini,
12:57tak kiralah parti Serpihan ataupun parti Induk,
13:01pernah ataupun tidak, Kabir,
13:03kita dapat maklumat bahawasanya
13:06mereka nak membawa Malaysia ke arah begini dalam masa lima tahun.
13:12Mereka nak memacu ekonomi negara kita bagaimana dalam masa lima tahun.
13:18Mereka nak mencapai apa dalam masa lima tahun.
13:21Saya rasa tak ada.
13:23Apa yang ada lebih kepada perkara-perkara,
13:26orang kata,
13:28perkara-perkara yang berulang-ulang yang saya tak nampak apakah resolusinya.
13:33Kalau kita tengok ketika ini,
13:35parti makin bakang akan mengatakan,
13:38sara hidup agak mencekam hidupan rakyat di bawah.
13:43Persoalan saya ialah,
13:45kalaulah kehidupan itu amat mencekam kepada rakyat,
13:51apakah solusi yang ingin mereka bawa
13:54kalau mereka menjadi kerajaan?
13:56Apakah kaedah yang ingin mereka terapkan
14:00supaya ekonomi kita adalah lebih baik?
14:04Saya mencadangkan,
14:06mereka-mereka yang masuk politik,
14:07terutamanya parti-parti baru ini,
14:09boleh tak?
14:10Kalau mereka memberi ideologi-ideologi yang sebegini,
14:15supaya rakyat lebih faham
14:17ke arah mana negara ini akan dibawa
14:20dan rakyat boleh menentukan,
14:22oh, kalau mereka ini menjadi pemimpin,
14:24kalau mereka ini jadi pemerintah,
14:27ini yang mereka ingin terapkan.
14:29Ini adalah sesuatu yang bagus.
14:31Ini akan menyebabkan pendapatan negara meningkat,
14:34menyebabkan kehidupan rakyat lebih selesa.
14:37Maka, kita boleh bawa mereka ini sebagai pemimpin.
14:42Tetapi, apa yang kita...
14:44Rakyat hidup susah,
14:46rakyat tersengsara,
14:48rakyat tertungkam.
14:50Tapi, apa yang nak mereka lakukan?
14:53Tak ada.
14:53Jadi, kalau besok,
14:55kalau mereka naik pun,
14:56kalau tanpa ada solusi yang sebegini,
14:58yang menjadi pemangkang pula ketika itu,
15:00akan gunakan benda yang sama.
15:03Negara dalam keadaan susah,
15:04negara dalam keadaan tak aman,
15:06tidak harmoni.
15:08So, ke mana?
15:09Alam kita kapil.
15:10Jadi, saya nakkan kepada
15:12orang kata,
15:13rakyat Malaysia ini
15:14lebih cakna politik,
15:17lebih faham tentang politik,
15:19bukan sekadar seronok mendengar
15:21orang-orang bercakap,
15:22orang-orang politik bercakap,
15:23menabur janji-janji manis,
15:25yang akhirnya,
15:27kita dikecewakan
15:29oleh kekasih hati
15:31yang kita gambarkan itu.
15:34Ya, betul, Doktor.
15:35Saya rasa itu adalah nasihat yang paling penting
15:37untuk rakyat Malaysia ketika ini,
15:38iaitu untuk
15:39menilai dengan betul,
15:40cakna dengan politik
15:41supaya kita faham
15:42dan memilih
15:43mana-mana parti politik
15:44yang kita sokong itu dengan betul
15:45untuk masa depan Malaysia
15:46akan datang.
15:48Terima kasih.
15:48Saya ucapkan kepada Dr. Ahmad Zahruddin,
15:50Sani Ahmad Sabri
15:51untuk penjelasan sementara tadi.
15:53Kita akan berhenti berhat seketika.
15:55Kita akan kembali selepas ini.
15:56Terima kasih.
Comments

Recommended