00:00Pelaksanaan projek Sabah Southern Madani Link SSML yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu
00:07diharap menjadi penyelesaian jangka panjang kepada masalah bekalan elektrik yang sekian lama membelenggu kawasan pedalaman Sabah
00:15termasuk kampung Luasong di Kalabakan.
00:19Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Mohamad Suryadi Bandi berkata projek yang menghubungkan rangkaian grid elektrik
00:25dari Tenom Ketawau itu membuktikan komitmen kerajaan persekutuan dalam memastikan rakyat luar bandar turut menikmati kemudahan asas yang lebih baik.
00:38Menurut Andi, SSML dijangka dapat mengatasi masalah defisit bekalan elektrik di pantai Timur Sabah apabila siap sepenuhnya pada tahun 2028.
00:48Kita harapkan Sultan Madani Link ini dapat sekaligus menyelesaikan isu bekalan elektrik yang telah lama membelenggu
00:57terutamanya rakyat di sebelah pantai Timur ini.
01:03Apabila rangkaian bekalan ini dapat disiapkan kelak, kita harapkan juga daripada main distribusi itu dapat disalurkanlah dengan cepat ke kampung
01:15-kampung.
01:15Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena jelajah rakyat Siri 10 di kampung Luasong Tawau pada Sabtu.
01:23Ketika ini penduduk kampung Luasong masih bergantung kepada generator dan belum menikmati bekalan elektrik selama 24 jam.
01:30Masalah berkaitan kontraktor dikenalpasti sebagai antara punca isu bekalan elektrik di kawasan itu masih belum dapat diselesaikan.
Comments