Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Liga Dunia Muslim (MWL) terus memperteguh komitmen untuk menyatukan suara umat Islam di peringkat global, khususnya dalam menangani isu bersama yang memerlukan kesepakatan kukuh.
Transcript
00:00Tetapi Liga Dunia Muslim atau MWL terus memperteguhkan komitmen untuk menyatukan suara umat Islam di peringkat global, khususnya dalam menangani
00:08isu bersama yang memerlukan kesepakatan yang kukuh.
00:12Setiausaha agungnya, Syekh Dr. Muhammad Abdul Karim Al-Issa menyatakan, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO antarabangsa, MWL mainkan
00:21peranan penting dalam menggembeling penglibatan ulama, pemikir dan golongan belia untuk meningkatkan kesedaran serta melindungi pemikiran umat Islam.
00:34Syekh Muhammad menjelaskan, usaha tersebut dilaksanakan secara menyeluruh, meliputi dunia Islam dan juga negara yang mempunyai komuniti minoriti Muslim.
00:43Menurut beliau, matlamat utama MWL adalah untuk menyatukan suara umat dalam isu yang memerlukan kata sepakat melalui perbincangan topik yang
00:52menjadi kepakaran para ulama.
00:54Beliau terus menegaskan, bahawa melalui peranan global para ulama yang menganggota MWL, usaha meningkatkan kesedaran Islam dan melindungi pemikiran belia
01:03daripada pengaruh tidak sihat, terus diperkasakan.
01:07Syekh Muhammad menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan mengenai pencapaian dan matlamat utama MWL pada persidangan ulama Asia Tenggara edisi
01:14keempat yang berlangsung di pusat konvensyen Kuala Lumpur KLCC.
01:18Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa MWL memikul tanggungjawab besar untuk memperjelas hakikat sebenar agama Islam bagi menangkis salah faham dan
01:29persepsi terpesong terhadap agama tersebut.
01:32Selain itu, Syekh Muhammad turut menekankan peranan penting ulama MWL dalam menghasilkan dokumen bersejarah seperti piagam Mekah dan dokumen membina
01:40jambatan antara mazhab Islam.
Comments

Recommended