Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Tun Faisal mendakwa Abdul Hadi Awang membelakangi keputusan Majlis Tertinggi PN berhubung Ketua Pembangkang dan penggunaan logo PN oleh Wawasan.
Transcript
00:00Sementara itu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang telah membelakangi keputusan Majlis Tertinggi
00:06Perikatan Nasional apabila mengumumkan Datuk Seri Hamzah sebagai Ketua Mangkang.
00:11Beliau yang juga Ketua Penerangan Bersatu Berpandangan, PAS bertindak secara unilateral apabila mengumumkan parti wawasan negara yang diterajui oleh Hamzah
00:19akan menggunakan logo PN.
00:26Menerusi hantaran dalam Facebook pada ahad, Tun Faisal berkata, kedua-dua pengumuman tersebut bukan sahaja tidak menghormati prinsip permuafakatan dan
00:34musyawarah dalam PN selama ini.
00:36Tegasnya, tindakan tersebut malah bertentangan dengan perlembagaan PN apabila seseorang Presiden parti komponen bertindak bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat
00:46oleh Majlis Tertinggi Perikatan Berkenaan.
00:49Menurut Tun Faisal, Fasal 8.1 Perlembagaan PN memperuntukkan bahawa segala urusan gabungan itu ditakbir oleh Majlis Tertinggi yang berfungsi
01:00sebagai Badan Tertinggi PN.
01:02Tambahnya, Fasal 8.3-1-D pula meletapkan pengerusi hanya bertanggungjawab menyelia dan melaksanakan hala tujuh serta dasar yang telah
01:12dipersetujui Majlis Tertinggi.
01:14Manakala, Fasal 8.4-1 memberi kuasa kepada Majlis Tertinggi untuk meletapkan hala tujuh dan dasar PN.
01:23Pada Sabtu, Abdul Hadi dilaporkan berkata, wawasan akan menggunakan logo PN untuk pilihan raya negeri PRN Johor dan Negeri Sembilan.
01:32Beliau turut menyatakan Hamzah yang juga Ahli Parlimen, Larut dan bekas Timbalan Presiden Bersatu akan kembali menggalas tugas sebagai Ketua
01:40Pembangkang.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended