00:00Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM10 juta bagi melaksanakan program pembelajaran berasaskan kerja WBL kepada kira-kira 1,300 anggota Angkatan Tentera
00:10Malaysia ATM yang akan melalui fasa peralihan menjelang persaraan tahun ini.
00:16Menteri Pertahanan Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin berkata, inisiatif itu bertujuan memberi kesinambungan kehidupan kepada anggota yang bakal menamatkan perkhidmatan.
00:27Muhammad Khalid menjelaskan kebanyakan anggota tentera menyertai ATM dengan kelayakan sijil pelajaran Malaysia SPM sekaligus memerlukan pendekatan strategi untuk meningkatkan
00:38keboleh pasaran mereka selepas bersara.
00:40Beliau menegaskan bahawa anggota yang bersara masih mampu menyumbang kepada kemajuan negara, manakala inisiatif berkenaan merupakan langkah strategi Kementerian Pertahanan
00:49dan ATM untuk mengiktiraf pengalaman ketenteraan sebagai kelayakan akademik.
00:53Beliau turut berkata, walaupun anggota menerima pencin, Kementerian perlu menerjemahkan pengalaman mereka sepanjang perkhidmatan kepada nilai yang boleh dimanfaatkan selepas
01:03bersara.
01:04Selain itu, Muhammad Khalid menjelaskan kelayakan SPM semata-mata menyebabkan industri kurang menerima khidmat bekas anggota di samping mereka perlu
01:12bersaing dengan individu yang mempunyai kelayakan lebih tinggi.
01:15Menurut beliau, program WBL membolehkan anggota menerima pengiktirafan formal daripada universiti berdasarkan pengalaman kerja yang dimiliki.
01:25Muhammad Khalid berkata demikian selepas lawatan kerja ke regimen keempat artileri diraja di Kemp Segamat pada Ahad.
01:32Program WBL menawarkan pelbagai bidang termasuk diploma seni kulineri, diploma pengurusan hotel serta bidang teknikal lain.
01:40Inisiatif itu membantu anggota tendera memperoleh peluang pekerjaan yang lebih baik dalam sektor awam dan swasta melalui pentahulian kemahiran yang
01:49diiktiraf.
01:50Terima kasih telah menonton!
Comments