Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2026 di Kota Kinabalu menjadi platform menghimpunkan kepelbagaian budaya, adat dan tradisi masyarakat Malaysia menerusi lebih 50 aktiviti yang menggalakkan interaksi, kefahaman serta semangat negara bangsa dalam kalangan rakyat.
Transcript
00:00Selepas empat hari berlangsung kemuncak sambutan Minggu Perpaduan 2026, SMP 2026 Peringkat Kebangsaan pada Ahad diisi pelbagai aktiviti yang mengetengahkan
00:10keunikan budaya, adat dan tradisi masyarakat majmuk.
00:14Bertemakan bersama membina negara bangsa, SMP 2026 yang dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara KPN di Kota Kinabalu turut menjadi platform untuk
00:23rakyat daripada pelbagai latar belakang berinteraksi dan memupuk semangat perpaduan.
00:30Lebih 50 aktiviti dianjurkan sepanjang empat hari program termasuk pameran rumah kami mewakili pelbagai etnik, pergampungan rumah etnik, Food Unites,
00:41Sukan Tradisional, Pameran Negara Bangsa, Pameran Raja Kita, Pesta Buku Sabah dan pelbagai aktiviti interaktif.
00:49Kepelbagaian pengisian itu memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali dengan lebih dekat warisan dan budaya yang menjadi identiti Malaysia.
01:00Sebab supaya macam tak ramai kan yang tahu macam yang ada macam di Malaysia, still ada beginilah, Portugis dan Chetty
01:10begitu, ramai supaya ramai yang tahulah macam itu.
01:12Pengunjung turut berpeluang menyaksikan pelbagai pakaian tradisional, hasil kraftangan dan warisan budaya.
01:19Kami dapat mendapat yang amat berguna lah sebab kita dapat tengok berbagai etnik, suku-suku dalam perkoinan, makanan pun ada,
01:32barang-barang katangan pun amat bagus lah.
01:35Pada masa sama, penganjuran program ini turut menjadi medan perbelajaran khususnya kepada generasi muda untuk memahami kepelbagaian etnik, adat resam
01:46dan cara hidup masyarakat di negara ini.
01:48Dapat nampak lah macam-macam jenis baju. Sebab sebelum ni dah tahu kan, lepas datang sini lagi dapat nampak lah
01:57banyak tahu gitu.
01:58Memasuki tahun keempat penganjurannya, sambutan Minggu Perpaduan terus menjadi platform interaksi dan tapak integrasi yang menghubungkan rakyat pelbagai kaum, etnik
02:08dan latar belakang.
Comments

Recommended