00:00Suranjaya Pilihan Raya SPR memperkukuh persiapan bagi pilihan raya negeri PRN Johor dan Negeri Sembilan dengan peruntukan keseluruhan dianggarkan RM167
00:10.4 juta serta melibatkan ribuan petugas dan pusat mengundi.
00:14Pengurusnya Dato' Sri Ramlan Harun memaklumkan PRN Johor ke-16 dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM86.8 juta manakala PRN Negeri
00:25Sembilan ke-16 dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM80.6 juta.
00:32Beliau dalam satu kenyataan pada Jumat berkata SPR telah membuat perancangan rapi bagi memastikan seluruh proses pilihan raya berjalan dengan
00:40cekap, telus dan berintegriti.
00:43Beliau berkata bagi PRN Negeri Sembilan ke-16, seramai 15,344 petugas akan dilantik bagi mengendalikan keseluruhan proses pilihan raya.
00:53Beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak 401 pusat mengundi biasa yang mengandungi 1,668 tempat mengundi atau saluran serta 38 pusat
01:03mengundi awal dengan 70 saluran akan digunakan di negeri itu.
01:07Secara keseluruhannya, sebanyak 439 pusat mengundi dengan 1,738 tempat mengundi atau saluran akan digunakan bagi PRN Negeri Sembilan.
01:17Mengenai daftar pemilih, Ramlan menjelaskan bahawa daftar pemilih pilihan raya DPPR bagi PRN Johor ke-16 merupakan daftar terkini sehingga
01:27daftar pemilih tambahan April 2026 yang dikemaskini sehingga 31 Mei 2026.
01:33DPPR tersebut mengandungi seramai 2,727,926 pemilih yang terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera
01:48bersama pasangan serta 12,710 anggota polis bersama pasangan.
01:52Beliau turut memaklumkan bahawa DPPR bagi PRN Johor ke-16 dijadualkan mula dijual pada 23 Jun 2026.
02:02Sementara itu, beliau menyatakan bahawa DPPR bagi PRN Negeri Sembilan ke-16 menggunakan daftar pemilih terkini sehingga April 2026 yang
02:12dikemaskini sehingga 4 Jun 2026.
02:15Daftar tersebut mengandungi seramai 889,490 pemilih yang terdiri daripada 867,151 pengundi biasa, 16,884 anggota tentera bersama pasangan
02:30dan 5,455 anggota polis.
02:33Terima kasih telah menonton!
Comments