Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Puluhan penunjuk perasaan bertembung dengan pihak polis di luar Estadio Azteca, Mexico City ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia berlangsung. Insiden melibatkan golongan guru, keluarga mangsa hilang dan aktivis pelajar itu mencetuskan kekecohan apabila sebahagian penunjuk perasaan menembusi sekatan keselamatan, memaksa polis menggunakan gas pemedih mata serta mengerahkan unit berkuda bagi mengawal keadaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dan puluhan penunjuk perasaan dilaporkan merusuh dengan pihak polis di luar Estadio Azteca di Mexico City ketika pelawanan pembukaan Piala
00:07Dunia antara Afrika Selatan dan Meksiko.
00:10Menurut laporan media, kumpulan tersebut terdiri daripada guru, ahli keluarga individu yang dilaporkan hilang serta aktivis pelajar yang telah berkumpul
00:19seawal pagi sekaligus memaksa kawalan ketat menjelang ketibaan dua pasukan kenaan.
00:24Sebahagian daripada mereka berjaya menembusi sekatan keselamatan sebelum berlaku pergelutat dengan anggota polis yang mengawal perimeter stadium sejuruh selepas Meksiko
00:34menjaringkan gol pertama kejohanan.
00:36Beberapa individu dilaporkan memecahkan tingkap kenderaan menggunakan kayu pemukum, manakala polis bertindak melepaskan gas pemudih mata serta mengerahkan anggota berkuda
00:46untuk mengawal keadaan menyebabkan penunjuk perasaan bertempiaran melarikan diri.
00:50Sebelum ini, kerajaan Meksiko berdepan gelombang protes khususnya beberapa minggu kebelakangan ini, terutamanya daripada golongan guru yang menuntut penambahbaikan terhadap
01:00syarat pekerjaan mereka.
01:02Keadaan itu pada satu ketika menimbulkan kebimbangan bahawa protes kenaan boleh menjejaskan penganjuran zon peminat rasmi Piala Dunia di dataran
01:10utama Zocalo.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended