Skip to playerSkip to main content
Seorang lelaki berstatus suami orang dan wanita yang juga isteri orang mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis atas kesalahan melakukan percubaan persetubuhan haram, sebelum masing-masing dikenakan denda sehingga RM5,000.

Tertuduh, Hairul Mokhsin Zaini, 24, dan Siti Iqbar Mazlan, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Daud.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783414/berita/semasa/suami-isteri-orang-mengaku-salah-cuba-bersetubuh-didenda-sehingga-rm5000

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #syariah #denda
Transcript
00:00Seorang lelaki berstatus suami orang dan wanita yang juga isteri orang mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada Kamis
00:08atas kesalahan melakukan percubaan persetubuhan haram.
00:12Mengikut pertuduhan, Hairul Moksin Zaini, 24 tahun dan Siti Iqbar Mazlan, 35 tahun, didapati melakukan perbuatan percubaan persetubuhan haram dengan
00:21pasangan yang bukan suami atau isteri yang sah di sisi syarak.
00:25Kesalahan itu dilakukan antara 1 hingga 30 Jun 2025, kira-kira jam 2 pagi di sebuah rumah di kampung Sungai
00:33Putat, Batu Berendam.
00:35Semasa rayuan, Siti Iqbar yang merupakan ibu kepada dua anak menangis dan memohon hukuman rengan serta tidak dipenjara.
00:43Menurutnya, dia sudah empat bulan tidak bekerja kerana menanggung malu akibat kes tersebut selain mendakwa dipulaukan ahli keluarga.
00:51Mahkamah turut dimaklumkan, Hairul Moksin mempunyai rekod kesalahan lampau apabila pernah dirujuk ke Mahkamah Syariah atas kesalahan bersubahat dalam kes
01:00hamil luar nikah.
01:02Kes itu diselesaikan pada 6 September 2023 dan dia dijatuhi hukuman denda RM2500 atau penjara 15 hari.
01:10Mahkamah kemudian memerintahkan Hairul Moksin didenda RM5000 manakala Siti Iqbar didenda RM4500, kedua-duanya berdepan hukuman 8 bulan jika gagal
01:21bayar denda.
01:23Terdahulu, isteri Hairul Moksin, Puteri Nur Fatimah Ishak, 25 tahun, didenda RM2800 oleh Mahkamah Magistrat Air Keroh pada Isnin lalu
01:32selepas mengaku bersalah menyebarkan gambar dan video lucah membabitkan suaminya bersama Siti Iqbar pada Disember tahun lalu.
01:40Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended