Skip to playerSkip to main content
Brek belakang dibuang, guna tayar sotong dan tukar enjin termasuk sistem kawalan enjin (ECU) hingga mengeluarkan kos mencecah RM18,000 bagi sebuah motosikal menjadi trend pengubahsuaian ekstrem.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pihaknya mengesan trend yang semakin serius tahun ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783250/berita/semasa/ubah-suai-ekstrem-motosikal-buang-brek-belakang-upgrade-ecu-enjin

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #ubaisuaiekstrem #JPJ #Sita
Transcript
00:05Brak belakang dibuang, guna tayar sotong dan tukar enjin termasuk sistem kawalan enjin atau ECU
00:12hingga mengeluarkan kos mencecah RM18,000 bagi sebuah motosikal menjadi tren pengubah suaian ekstrim.
00:20Pengarah kanan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Muhammad Kifli Mahasan berkata
00:25pihaknya mengesan tren yang semakin serius tahun ini.
00:29Menyedari hakikat itu, JPJ terus memperhebat pelaksanaan op motosikal ekstrim di seluruh negara
00:36dengan memberi fokus khusus terhadap motosikal yang diubah suai secara tidak sah,
00:41penggunaan komponen yang tidak mematuhi spesifikasi keselamatan
00:44serta pelbagai pelanggaran undang-undang yang membahayakan pengguna jalan raya.
00:49Menurutnya, kebanyakan pesalah yang dikesan berusia antara 18 hingga 30 tahun
00:55namun turut ditemui kes membabitkan penunggang seawal usia 12 tahun.
01:00Sementara itu, tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik kedai aksesori dan komponen kenderaan
01:06yang menjual barangan menyalahi undang-undang menerusi kerjasama JPJ dengan pelbagai agensi penguatkuasa.
01:13Datuk Muhammad Kifli berkata, pihaknya akan melihat perkara itu daripada pelbagai aspek kajian
01:18dan merujuk perkara ini kepada pihak Kementerian Pengangkutan sebelum tindakan dilaksanakan.
01:26Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended