Skip to playerSkip to main content
Suspek curi beg tangan di masjid direman empat hari

Lelaki yang disyaki mencuri beg tangan milik seorang penuntut universiti ketika solat Asar di Masjid Ar-Rasyidin, Kampung Jelatang, Alor Gajah Sabtu lalu direman empat hari bermula Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Perintah reman terhadap penganggur berusia 28 tahun sehingga 12 Jun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Kamarul Aris Kamalluddin di Kompleks Mahkamah Alor Gajah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783029/berita/semasa/suspek-curi-beg-tangan-di-masjid-direman-empat-hari

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #kescuri #mahkamah #diremanempathari #curibegtangandimasjid
Transcript
00:00Lelaki yang disyaki mencuri beg tangan milik seorang penuntut universiti ketika solat asar di Masjid Ar-Rashidin, Kampung Jelatang Alugajah,
00:08Sabtu lalu, di reman empat hari bermula selasa.
00:11Perintah reman terhadap penganggur berusia 28 tahun sehingga 12 Jun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Session Kamarul Aris Kamaluddin di Kompleks
00:19Mahkamah Alugajah.
00:21Siasatan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
00:26Sebelum ini, tular video berdurasi 23 saat memaparkan seorang lelaki berseluar pendek melarikan beg mangsa.
00:33Ketua Polis Daerah Alugajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4.45 petang di ruang solat wanita.
00:41Mangsa berusia 19 tahun ketika itu sedang solat bersendirian dan meletakkan beg yang mengandungi dokumen serta barangan peribadi di hadapan
00:48sejadah.
00:49Difahamkan, suspek berjaya ditangkap jam 8.35 malam Isnin di kawasan Pulau Sebang Alugajah sebelum permohonan reman dibuat pada pagi
00:57ini.
Comments

Recommended