00:00Pemandu kereta pacuan empat roda yang memandu secara melulu dan berbahaya di reman empat hari bermula selasa sehingga 12 Jun
00:09ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
00:13Perintah reman tersebut dikeluarkan Magistret J. Savinder Singh di Mahkamah Magistret Bukit Mertajam pada pagi selasa.
00:20Suspek remakai baju lokap sebelum itu tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.45 pagi dengan menaiki trak polis sambil
00:29diiringi anggota polis yang bertugas.
00:32Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai memandu secara melulu serta berbahaya dengan melanggar beberapa kenderaan
00:41di seberang jaya pada Isnin.
00:43Dalam kejadian kira-kira jam 10.05 pagi itu, suspek berusia 29 tahun yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda
00:53jenis Mitsubishi Triton dipercayai bertindak agresif sebelum berjaya ditahan orang awam di Lebuh Raya Butterworth Kulim Expressway BKE berhampiran sebuah
01:03stesen minyak di seberang jaya.
01:05Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian kemalangan
01:14jalan raya melibatkan kenderaan berkenaan sebelum anggota dikerahkan ke lokasi.
01:20Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai memandu secara melulu dan berbahaya dari arah Sungai 2 menuju ke Pulau Pinang sehingga
01:29melanggar beberapa kenderaan di sepanjang laluan tersebut.
01:32Suspek kemudiannya berjaya ditahan oleh orang awam di kawasan Lebuh Raya BKE berhadapan sebuah stesen minyak di seberang jaya sebelum
01:41diserahkan kepada pihak polis yang tiba di lokasi.
01:44Pemeriksaan lanjut ke atas suspek menemukan sebuah beg silang yang disandang pada badannya dan mengandungi paket plastik lutsinar berisi hablur
01:54kristal disyaki dadah jenis metamphetamin seberat anggaran 0.75 gram
02:00serta satu lagi paket plastik lutsinar mengandungi hablur putih disyaki ketamin seberat anggaran 2.38 gram.
02:09Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis metamphetamin dan morfin.
02:16Semakan rekod lampau juga mendapati suspek mempunyai 15 rekod kesalahan berkaitan dadah serta 2 rekod kesalahan jenayah.
02:24Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12-3 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 44-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana
02:37memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya.
Comments