Skip to playerSkip to main content
'Selepas Bersatu, siapa lagi?' - PH dakwa Pas ulang kitaran sama

Pakatan Harapan (PH) menyifatkan keputusan terbaharu kerjasama politik antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berakhir, sebagai satu lagi episod yang mengulangi corak lama dalam politik negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hampir setiap kerjasama politik yang pernah dijalin Pas dengan sebarang parti mahupun gabungan lain sebelum ini berakhir dengan perpisahan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783078/berita/politik/selepas-bersatu-siapa-lagi---ph-dakwa-pas-ulang-kitaran-sama

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PH #Bersatu #Pas
Transcript
00:00Kita jadi kuat kerana kita bina kekuatan kita sendiri.
00:05Saya ulang, kita tak jadi kuat kerana lawan berpecah.
00:09Dalam PH ini, kita yakin kekuatan itu hanya melalui usaha yang kita bina.
00:17Maknanya hubungan tiga parti, kita jalan terus berasaskan pada prinsip trust and respect.
00:24Saling percaya, saling menghargai.
00:27Kamu kuat, kami mendapat kekuatan kita.
00:30Kamu lemah, kami sama-sama bantu memperbaiki kelemahan itu.
00:34Sebab itu, apa yang berlaku semalam dalam keputusan oleh Datang Kuasa Agong PAS Pusat
00:41bukan satu benda baru kalau kita tengok sejarah perjalanan politik PAS.
00:45Siapa sahaja yang bergabung dengan dia berakhir dengan perceraian.
00:48Isunya talak satu atau talak dua atau talak tiga itu.
00:52Kita tengok.
00:53Semangat dengan semangat 46 ke?
00:56Ataupun dengan PH sendiri ke?
00:58Kemudian dengan UMNO, Mofakat 1.0.
01:03Kemudian dengan Bersatu.
01:04Kemudian sekarang Bersatu menerima nasib yang sama.
01:08Lepas ini siapa lagi?
01:08Walaupun alasannya sama, penyataan UMNO, penyataan UMNO.
01:38Kawan dulu, asasnya penyataan UMNO.
01:41Okey.
01:42Masa bercerai pun,
01:44risiknya penyataan UMNO juga.
01:46Jadi tak boleh.
01:47Bebas bagi tafsiran untuk selera kita.
Comments

Recommended