Skip to playerSkip to main content
Cara Buat MINYAK BIJAN Sendiri Di Rumah, Halal & Bersih Tahan 2-3 Bulan!

Minyak Bijan salah satu penambah aroma dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Letak dalam masakan berkuah, bergoreng dan macam-macam lagi. Aromanya yang wangi, menaikkan lagi keenakan masakan dan membuka selera.

Biasanya kita beli minyak bijan, apa kata lepas ni buat sendiri hanya guna 2 bahan je iaitu bijan dan minyak masak. Cara buat pun mudah dan tak perlu was-was bila buat sendiri di rumah. Terjamin halalnya.

Ikut cara ini.

Selamat Mencuba!
Ingat Makan Ingat Rasa.

#RASA #rasashare #resipiminyakbijan #minyakbijanhomemade #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:26Minyak Bijan
00:30Kita buat pun mudah dan tak perlu was-was bila kita buat sendiri di rumah. Terjamin halalnya, ikut cari ini.
00:36Mula-mula, ambil satu cawan bijan, cuci dan toskan. Sangat sekejap bijan untuk keringkan airnya.
00:43Kemudian setelah bijan kering, kisah halus guna blender kering.
00:47Selepas itu, bila bijan dah halus, tuang ke dalam periuk dan masukkan dua cawan minyak masak.
00:53Kacau sehingga sebut bijan sebati dalam minyak.
00:55Bila dah betul-betul sebati, barulah buka api sederhana.
00:59Sentiasa kacau bijan dalam minyak untuk elak ia hangit di bahagian bawah.
01:03Bila bijan bertukar keperangan, boleh tutup api. Teruskan mengacau sebab minyak masih panas.
01:09Bila dah suam, tutup periuk dan biarkan minyak betul-betul secu.
01:13Kemudian boleh tapis guna penapis halus.
01:16Tekan dan kacau tapisan supaya semua minyak terkumpul dan hanya tinggal hampas sahaja.
01:22Namun, hampas bijan jangan dibuang.
01:24Boleh guna untuk letak dalam masakan.
01:27Minyak bijan siap disediakan.
01:29Boleh guna 2 hingga 3 bulan.
01:31Mudah kan?
01:32Boleh cuba buat minyak bijan sendiri di rumah.
01:34Lebih jimat, terjam yang bersih dan halat.
01:37Selamat mencuba!
01:38Ingat makan, ingat rasa!
01:39Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended