Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Bekas Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Tan Sri Noh Omar hari ini mengumumkan melepaskan jawatannya dalam parti itu dan kembali menyertai UMNO serta Barisan Nasional (BN).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bekas Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Tan Sri Noh Omar pada Ahad umum melepaskan jawatannya dalam parti itu dan kembali menyertai
00:08UMNO serta barisan nasional BN.
00:11Beliau berkata tindakan itu sekaligus menyaksikan keahliannya dalam bersatu terbatal dan tidak perlu lagi mengemukakan sebarang surat rasmi kepada pimpinan
00:19parti.
00:21Noh berkata beliau terbuka untuk kembali menyertai UMNO selepas melihat prinsip UMNO Johor yang tegas mahu bertanding solo pada pilihan
00:28raya negeri PRN akan datang seperti yang ditekankan dalam ucapan Menteri Besar Dato' On Hafiz Ghazi.
00:34Pada Julai 2024, Noh yang pada ketika itu bekas pengurusi Badan Penghubungan UMNO Selangor mengumumkan menyertai bersatu selepas dipecat UMNO
00:42pada 2023 kerana melanggar disiplin parti pada pilihan raya umum ke-15.
00:47Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jendera BN Negeri Johor di stadium tertutup kompleks Edusiti Iskandar Putri
00:56pada Ahad.
00:58Kehadiran Tan Sri Noh Omar pada Majlis Pelancaran Jendera Barisan Nasional BN Johor mencuri tumpuan di samping dua lagi bekas
01:05pemimpin UMNO yang kembali pada parti itu melalui agenda rumah bangsa.
01:09Dua bekas pemimpin UMNO itu ialah Dato' Sri Hishamuddin Hussein dan Tan Sri Syed Hamid Albar.
01:14Presiden UMNO, Dato' Sri Dr. Ahmad Zaid Hamidi menyerahkan borang keahlian kepada ketiga-tiga pemimpin veteran itu disaksikan lebih 10
01:21,000 jendera yang hadir.
Comments

Recommended