00:00Jabatan Kesihatan Negeri Johor JKNJ menafikan dawaan hospital segamat akan ditutup mulai 1 Julai ini seperti yang tular menerusi media
00:09sosial.
00:10Pengarah Kesihatan Johor Dr. Mohtar Pungut Ahmad berkata hospital berkenaan masih beroperasi seperti biasa dan tiada sebarang penutupan seperti didakwa.
00:22Beliau berkata JKNJ turut mengambil maklum berhubung surat penangguhan bagi rujukan kes-kes obstetrik dan ginekologi ONG di hospital berkenaan
00:32yang turut-tular.
00:33Katanya JKNJ sedang meneliti dan memuktamadkan pengaturan perkhidmatan di Jabatan ONG Hospital Segamat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan
00:44berterusan kepada masyarakat.
00:46Status terkini serta perancangan lanjut berhubung perkara itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
00:52Beliau berkata JKNJ komited untuk memastikan sebarang langkah penyusuran semula perkhidmatan dan pengoptimaman sumber manusia dilaksanakan secara terancang bagi menjamin
01:02kelangsungan operasi serta kesinambungan rawatan dan perkhidmatan kepada masyarakat.
01:07Sebelum itu, tular hantaran pemilik satu akaun di TRATS yang mendakwa hospital segamat akan ditutup berikutan kekurangan doktor dan juga
01:16petugas hospital.
Comments