00:00Malaysia dan Indonesia mencapai kemajuan dalam beberapa isu lama berkaitan sempadan darat dan maritim yang dijangka dibawa ke rundingan Tahunan
00:09Malaysia-Indonesia bakal dianjurkan Malaysia untuk perbincangan lanjut.
00:13Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan berkata perkara itu antara hasil perbincangan pada mesyuarat Suruhanjaya bersama kerjasama Dua Hala Malaysia
00:20-Indonesia atau JCBC ke-17 bersama rakan sejawatannya Sugiono di Jakarta pada Khamis.
00:30Katanya secara keseluruhan JCBC ke-17 mencapai persetujuan yang berpotensi memperkukuh lagi hubungan sedia ada antara Malaysia dan Indonesia.
00:39Beliau berkata hubungan antara kedua-dua negara ketika ini berada pada tahap amat baik dengan hanya beberapa isu tertunggak yang
00:46masih memerlukan perhatian kedua-dua pihak.
00:49Muhammad berkata kebajikan dan akses pendidikan rakyat Indonesia yang tinggal dan bekerja di Malaysia turut dibincangkan dalam mesyuarat itu.
00:57Selain itu beliau berkata Indonesia juga mencadangkan supaya peluang pekerjaan untuk rakyat negara itu di Malaysia diperluas ke sektor-sektor
01:05lain yang memerlukan tenaga kerja khususnya sektor perawatan.
01:10Kata Muhammad lagi rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto dicangka
01:18dianjurkan antara Ogos dan penghujung tahun ini.
Comments